Rubik’s Cube Paling Kecil Di Dunia Dengan Harga RM25,000

Siapa sangka mainan yang popular sejak tahun 1974 kini ada dalam versi yang sangat kecil dan eksklusif! MegaHouse, pembuat mainan dari Jepun, baru-baru ini memperkenalkan Rubik’s Cube terkecil di dunia sempena ulang tahun ke-50 Rubik’s Cube. Apa yang membuatnya lebih menarik adalah ukuran Rubik’s Cube ini hanya 0.5 cm bagi setiap sisi dan beratnya hanya 0.33 gram. Namun, yang paling mengejutkan adalah harganya mencecah RM25,000 (777,777 yen).


MegaHouse bukan sahaja menghasilkan versi kecil ini untuk pameran semata-mata, malah ia berfungsi sepenuhnya seperti Rubik’s Cube biasa dengan muka-muka yang boleh diputar. Untuk menghasilkan Rubik’s Cube yang bersaiz mikro ini, MegaHouse bekerjasama dengan sebuah syarikat pemotongan yang pakar dalam pemotongan tepat. Mereka mengambil masa hampir dua tahun untuk memastikan setiap bahagian yang kecil berfungsi dengan sempurna. Bayangkan betapa halusnya kerja yang perlu dilakukan untuk memastikan kiub yang sekecil itu boleh berputar dengan lancar!

Presiden syarikat Iriso Precision, Kiyokazu Saito, menyatakan bahawa penciptaan Rubik’s Cube 5 milimeter ini merupakan hasil kombinasi mesin, alat pemotong dan semangat para pencipta yang gigih.

Walaupun saiznya kira-kira 1/1000 daripada Rubik’s Cube asal, harga yang ditetapkan adalah jauh lebih mahal. Ramai yang melihat Rubik’s Cube kecil ini sebagai item koleksi yang eksklusif. Dengan harga RM25,000, ia bukanlah satu mainan yang mudah didapati. Tambahan pula, saiznya yang terlalu kecil mungkin memerlukan alatan khas seperti playar kecil untuk menyelesaikannya!

Baca ini :

Vakum Terkecil Di Dunia

Negara Paling Kecil Di Dunia 2024

Gambar Lawak Part 4 (10 Gambar)


Rubik’s Cube terkecil ini sudah mula boleh ditempah melalui laman web MegaHouse dan penghantaran pertama dijangka bermula pada April tahun depan. Dengan harga yang tinggi, Rubik’s Cube ini dijangka menjadi barangan yang dikehendaki oleh para pengumpul mainan atau peminat teka-teki mekanikal yang mahukan sesuatu yang benar-benar unik. Malah, pada Ogos lalu, Rubik’s Cube ini dianugerahkan Guinness Record sebagai “Teka-teki Putar Terkecil di Dunia”.

Bagi peminat Rubik’s Cube, edisi terkecil ini pastinya menawarkan satu cabaran baru dan menarik. Namun, bagi kebanyakan orang, harga yang terlalu tinggi mungkin membuatkan mereka lebih selesa dengan Rubik’s Cube yang bersaiz biasa. Tetapi, bagi sesiapa yang mampu, memiliki Rubik’s Cube terkecil di dunia pastinya menjadi satu kebanggaan!

Jadi, adakah anda sanggup melaburkan RM25,000 untuk sebiji Rubik’s Cube yang lebih kecil daripada kuku anda? 

Sumber



Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post