Sebuah Syarikat Rugi RM19.3 Juta Akibat Silap Letak Harga

Sebuah syarikat kecil di China yang menjual mesin basuh berhadapan dengan kerugian besar berjumlah 30 juta yuan (RM19.3 juta) selepas seorang pekerja tersilap meletakkan harga produk. Kedai Francais Little Swan Dongshan, yang berpangkalan di Anhui, China, terpaksa merayu kepada pelanggan untuk membatalkan pesanan mereka selepas kesilapan itu menyebabkan serbuan beli-belah dalam talian selama 20 minit yang boleh mengakibatkan kerugian besar bagi syarikat tersebut.

Menurut laporan daripada Red Star News, pada 28 Ogos, lebih 40,000 pesanan untuk pelbagai jenis mesin basuh telah dibuat di kedai atas talian Tmall milik syarikat itu. Dalam tempoh hanya 20 minit, mereka berjaya menjual produk bernilai 70 juta yuan tetapi hanya menerima 40 juta yuan daripada pelanggan. Ini bermakna syarikat tersebut mungkin terpaksa menanggung kerugian sebanyak 30 juta yuan jika mereka terpaksa mematuhi pesanan tersebut.

“Tens of thousands of orders and tens of millions of yuan are astronomical figures for us. We feel sincerely sorry for all the affected customers,” kata pihak syarikat dalam kenyataan mereka. “Kami merayu agar semua pelanggan memahami kesulitan yang kami hadapi dan bersetuju untuk membatalkan pesanan. Kami akan mengembalikan wang anda secepat mungkin.”

Kesilapan ini terjadi apabila seorang pekerja syarikat salah faham mengenai harga diskaun di platform Tmall mereka, menyebabkan harga beberapa mesin basuh dipotong secara mendadak. Contohnya, mesin basuh yang sepatutnya berharga 1,699 yuan (RM1,093) hanya dijual pada harga 299 yuan (RM192). Satu lagi model yang biasanya berharga 2,499 yuan (RM1,608) dijual pada harga hanya 439 yuan (RM282).

Baca Ini :

Gambar Kelakar Terbaik (15 Gambar)

Gambar Lawak 15 (13 Gambar)

Komik Cerita Seram (13 Gambar)

"Kerana salah faham ini, kami telah melakukan kesilapan besar," kata pemilik Kedai Francais Little Swan Dongshan. "Kami sedar bahawa isu ini telah menyebabkan kekeliruan di kalangan orang ramai dan mengganggu pasaran dengan teruk. Kami rasa sangat bersalah dan kecewa.”

Bagi meyakinkan orang ramai bahawa diskaun tersebut hanyalah kesilapan manusia, syarikat itu turut mengeluarkan video pendek yang menunjukkan pekerja yang bertanggungjawab memohon maaf atas kesilapannya. Dalam video tersebut, pekerja tersebut mengaku tidak mampu menanggung kerugian meskipun menjual segala harta benda mereka.

Pihak berkuasa tempatan kini sedang menyiasat kes ini. Menurut pakar undang-undang, syarikat tersebut perlu mengemukakan bukti kukuh bahawa kesilapan ini adalah tidak disengajakan bagi meyakinkan mahkamah agar membatalkan kontrak pembelian. Jika gagal, syarikat tersebut mungkin terpaksa memenuhi kesemua pesanan dan berhadapan dengan risiko bankrap.

Betapa pentingnya ketelitian dalam menjalankan perniagaan dalam talian, terutamanya dalam menguruskan harga produk, kerana satu kesilapan kecil boleh membawa kepada kerugian yang amat besar.

Sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post