Lelaki Rusia Saman Klinik Selepas Dapat Anak Ke-5

Kisah ini mungkin sukar dipercayai, tetapi ia adalah kenyataan yang sedang dihadapi oleh seorang lelaki berusia 45 tahun dari Ufa, Rusia. Lelaki ini dikenali sebagai "Maxim", Maxim yang sudah pun mempunyai empat orang anak, memutuskan pada tahun 2022 untuk menjalani prosedur vasectomy bagi mengelakkan kehamilan lagi. Dengan kos 30,000 roubles (sekitar RM1,500), dia yakin prosedur ini akan memberikannya ketenangan fikiran bahawa tiada lagi anak yang bakal dilahirkan.



Apa Itu Vasectomy?

Vasectomy adalah satu prosedur pembedahan yang dilakukan untuk mencegah kehamilan secara kekal. Ia melibatkan proses memotong atau menyekat saluran yang membawa sperma dari testis ke penis, yang dikenali sebagai vas deferens.

Proses ini dilakukan oleh doktor, biasanya di klinik atau hospital, dan ia hanya memerlukan bius tempatan, jadi pesakit akan sedar tetapi tidak akan merasa sakit di kawasan yang dirawat. Selepas prosedur ini, sperma tidak lagi dapat bercampur dengan air mani, yang bermakna seorang lelaki tidak lagi boleh menghamilkan pasangan walaupun dia masih boleh melakukan hubungan seksual seperti biasa.


Vasectomy tidak menjejaskan tahap hormon, libido, atau kemampuan untuk mencapai ereksi atau ejakulasi. Ini adalah salah satu bentuk kawalan kelahiran yang sangat berkesan dan kekal, tetapi ia hanya sesuai untuk lelaki yang pasti tidak mahu mempunyai anak pada masa depan.

Berbalik kisah lelaki rusia ini, impian Maxim hancur apabila isterinya mengejutkannya dengan berita bahawa dia hamil sekali lagi pada tahun 2023. Apa yang sepatutnya menjadi satu keputusan muktamad kini menjadi satu cabaran baru. Mereka menerima kelahiran anak kelima mereka pada November 2023, dan Maxim segera menghubungi klinik "Promeditsina," di mana prosedur vasectomy tersebut dilakukan. Klinik itu menyarankan Maxim untuk menjalani ujian paterniti dan spermogram, dan hasilnya mengejutkan—dia masih subur.

Baca Ini :

Komik Lawak 18 Ke Atas (20 Gambar)

Cara Buat Lawak Dengan Kekasih

11 Gambar Ketika Mereka Masih Muda

Lebih mengejutkan lagi, pihak klinik merujuk situasi ini sebagai satu "keajaiban perubatan" dan menasihatinya supaya bersyukur kerana dikurniakan seorang lagi cahaya mata. Klinik tersebut juga menawarkan untuk memulangkan kos prosedur, tetapi Maxim menolak. Kini, dia bersama keluarganya sedang bersiap sedia untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik tersebut atas kerosakan moral dan kos membesarkan anak yang tidak dijangka ini.

Kisah ini mengingatkan kita kepada kes serupa di Colombia tahun lalu, di mana seorang doktor diperintahkan oleh mahkamah untuk menyokong kewangan seorang anak yang dilahirkan akibat kegagalan vasectomy sehingga anak tersebut mencapai usia 18 tahun.

Sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post