Di sebuah ladang kecil di Goodwater, Alabama, seekor lembu jantan Texas Longhorn telah mencuri perhatian dunia. Poncho Via, lembu jantan berusia enam tahun, kini memegang rekod dunia Guinness untuk tanduk terpanjang yang pernah direkodkan. Tanduknya diukur sepanjang 10 kaki 7.4 inci, lebih daripada dua kali lebar sebuah piano.
Nama Poncho Via mungkin kedengaran familiar. Ia adalah gabungan nama revolusioner terkenal dari Mexico, Pancho Villa. Lembu jantan ini dibesarkan oleh keluarga Pope. Pada tahun 2013, Jeral Pope Sr. terpesona dengan lembu longhorn semasa perjalanan ke Barat dan memutuskan untuk memiliki seekor. Dengan bantuan seorang doktor haiwan tempatan, beliau berjaya mendapatkan anak lembu berusia 6 bulan daripada seorang pembekal rodeo.Kenapa nama lembu ini Poncho Via? Siapa Poncho Via?
Untuk pengetahuan anda Poncho Via, atau nama sebenar beliau Francisco "Pancho" Villa, adalah seorang tokoh revolusi yang sangat dikenali dalam sejarah Mexico. Beliau dilahirkan pada 5 Jun 1878, dan meninggal dunia pada 20 Julai 1923. Via terkenal kerana peranannya sebagai pemimpin revolusioner yang berjuang untuk hak-hak rakyat miskin di Mexico pada awal abad ke-20.
Poncho Via menjadi terkenal semasa Revolusi Mexico yang berlangsung dari tahun 1910 hingga 1920. Revolusi ini adalah hasil ketidakpuasan hati rakyat Mexico terhadap pemerintahan diktator Porfirio DÃaz. Via menyertai revolusi ini dan menjadi salah seorang pemimpin yang paling berpengaruh.Poncho Via juga dikenali kerana sumbangannya kepada masyarakat. Beliau sering kali merampas harta daripada golongan kaya dan membahagikannya kepada golongan miskin. Tindakan beliau ini membuatkan beliau sangat dihormati dan disayangi oleh rakyat miskin.
Selepas Revolusi Mexico, Poncho Via cuba untuk hidup dengan aman sebagai seorang petani. Namun, pada tahun 1923, beliau telah dibunuh oleh musuh-musuhnya. Walaupun begitu, legasi beliau tetap hidup dalam sejarah Mexico sebagai seorang pejuang yang berdedikasi untuk keadilan dan hak-hak rakyat miskin.
Berbalik pada lembut yang bertanduk panjang, keluarga Pope sentiasa memantau panjang tanduk Poncho, menunggu saat tanduknya cukup panjang untuk memecahkan rekod dunia. Mereka mendapati bahawa Poncho tumbuh lebih cepat daripada lembu longhorn lain yang biasanya berusia antara 9 hingga 15 tahun apabila diukur untuk rekod. Poncho berjaya mencapai rekod tersebut pada usia yang jauh lebih muda, menunjukkan potensi yang luar biasa.
Dennis Pope, ahli keluarga Pope, berkata, "Kami selalu mengukur tanduk masing-masing semasa mereka masih muda dan tanduk kami selalu sedikit lebih panjang. Tetapi tanduk Poncho terus memanjang dengan lurus dan tidak berhenti tumbuh."Menurut Texas Longhorn Journal, pertumbuhan tanduk longhorn berlaku dengan cepat pada usia muda dan kemudian perlahan seiring dengan usia lembu tersebut. Poncho adalah contoh yang sempurna, di mana pertumbuhan tanduknya yang pesat membolehkannya mengatasi rekod sebelumnya, yang dipegang oleh longhorn Texas bernama Sato, hanya dengan lebih satu inci sahaja.
Ada yang bimbang tentang panjang dan berat tanduk Poncho, tetapi Dennis memastikan bahawa Poncho adalah lembu yang pintar dan mampu menyesuaikan diri. "Dia boleh berlari melalui pokok-pokok di ladang... dia tahu di mana tiang, rintangan, dia hanya menggerakkan kepalanya dan terus berjalan. Sangat menakjubkan melihat dia berlari," kata Dennis.
Poncho Via akan berusia 7 tahun pada 3 Oktober. Dengan tanduknya yang luar biasa panjang, dia kini menjadi simbol kebanggaan bagi keluarga Pope dan bukti bahawa impian boleh menjadi kenyataan dengan kesabaran dan dedikasi.Jika anda pernah berpeluang melawat Goodwater, Alabama, jangan lepaskan peluang untuk melihat Poncho Via, lembu jantan dengan tanduk terpanjang di dunia.