Pemain Catur Cuba Racun Pesaingnya

Dalam kejadian yang mengejutkan dunia catur, seorang pemain catur dari Republik Dagestan di Rusia, Amina Abakarova, 40 tahun, kini berdepan dengan pengharaman sepanjang hayat daripada menyertai pertandingan catur rasmi. Tindakan ini diambil selepas dia didakwa cuba meracuni pesaingnya, Umayganat Osmanova, semasa Kejohanan Catur Klasik Dagestan di Makhachkala.

Mengikut rakaman kamera keselamatan, Abakarova dilihat menyebarkan bahan yang dikenalpasti sebagai merkuri pada papan catur dan buah catur yang akan digunakan oleh Osmanova. Ketika Osmanova mula bermain, dia merasakan sesuatu yang tidak kena apabila mula mengalami simptom seperti pening dan loya hanya dalam tempoh 30 minit selepas duduk di meja tersebut. Doktor kemudiannya mengesahkan bahawa Osmanova telah diracun dengan merkuri.

Menurut laporan, Abakarova mengaku cuba meracuni Osmanova menggunakan merkuri yang diambil daripada termometer lama. Motifnya adalah untuk menyingkirkan Osmanova daripada pertandingan tersebut, kerana dia berasa “benci secara peribadi” terhadap pesaingnya itu. Walaupun begitu, Abakarova menegaskan dia tidak berniat untuk mencederakan Osmanova secara serius, sebaliknya hanya ingin menakutkannya sahaja.

Baca Ini :

Negara Paling Kotor Di Dunia, Malaysia ? (11 Gambar)

Ular Paling Berbisa No. 1 Di Dunia (10 Gambar)

Cendawan Paling Pelik Di Dunia Wow (10 Gambar)

Kejadian ini amat mengejutkan orang ramai, terutamanya mereka yang mengenali Abakarova sebagai seorang jurulatih catur kanak-kanak yang sangat baik. Hubungan antara Abakarova dan Osmanova sudah lama terjalin, malah mereka telah menjadi pesaing sejak kecil di peringkat serantau.

Kini, Abakarova bukan sahaja berdepan dengan pengharaman sepanjang hayat dari pertandingan catur, tetapi juga pemecatan daripada pekerjaan serta kemungkinan dikenakan tindakan undang-undang atas cubaan meracuni orang lain.

Sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post