Misteri Jerung Di Tasik Neuchâtel Di Switzerland

Tasik Neuchâtel di Switzerland yang indah, kini menjadi perbualan hangat di internet selepas sebuah video menyeramkan tersebar. Video tersebut memaparkan makhluk aneh muncul dari dasar tasik yang gelap, lengkap dengan gigi tajam yang menakutkan, mirip dengan jerung ikonik dalam filem Jaws yang diterbitkan pada tahun 1975.

Para penyelam yang tidak gentar, berenang mendekati makhluk tersebut untuk menyiasatnya dengan lampu suluh. Ketika sudut kamera berubah, jelas kelihatan tubuh makhluk itu menunjukkan tanda-tanda keusangan dengan kesan calar berwarna oren dan cat yang mengelupas. Mereka berani memeriksa mulut makhluk itu yang terbuka luas, menampakkan deretan gigi tajam yang menggerunkan.

Rakaman berdurasi satu minit itu kemudian menunjukkan bahagian belakang makhluk tersebut yang dilengkapi dengan tujuh duri yang menakutkan. Para pengguna internet di Reddit berpendapat bahawa "pemangsa" yang mengancam itu sebenarnya adalah patung lama yang diperbuat daripada gentian kaca, yang mungkin digunakan sebagai prop dalam sebuah filem lama.

Dikatakan patung jerung ini pernah menjadi bintang dalam filem Swiss berjudul *Choc au Lac!* yang dikatakan dirakam di Neuchâtel pada tahun 1975. Dalam filem itu, jerung tersebut dikatakan telah menakutkan penduduk tempatan dan pertama kali ditemui pada tahun 2002, iaitu 27 tahun selepas filem itu dirakam.

Walaupun ramai percaya patung ini adalah prop filem yang sudah usang, terdapat juga yang berpendapat bahawa mungkin ada seseorang yang nakal telah membuangnya ke dalam air. Penonton video ini merasa begitu terkejut sehingga ada yang berikrar tidak akan mengunjungi tasik yang indah itu lagi. Salah seorang penonton berkata, “Saya tidak akan pernah menyelam dalam air yang keruh itu, jika saya nampak benda itu, saya mungkin akan ketakutan.”

Seorang lagi penonton meluahkan perasaan takutnya, “Saya betul-betul terganggu dengan imej ini. Senyumannya yang pelik, gigi yang tajam, kedalaman air yang gelap – satu-satunya sebab saya boleh melihat video ini adalah kerana kehadiran penyelam membuatkan saya rasa sedikit selamat.”

Sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post