Jambatan Gantung Paling Menakutkan Di Dunia

Bayangkan melintasi sebuah jambatan gantung yang kelihatan sangat tidak selamat, tergantung 300 meter di atas jurang sungai yang luas. Inilah pengalaman yang akan anda alami jika berada di atas jambatan gantung Dadong River Gorge di Chongqing, China. Dikenali sebagaai jambatan gantung paling menakutkan di dunia, ia sering menjadi viral di media sosial kerana kelihatan sangat berbahaya.

Walaupun jambatan ini sepanjang 240 meter, ia tidak mempunyai menara atau asas sokongan seperti jambatan gantung biasa. Sebaliknya, jambatan ini hanya disokong oleh empat kabel keluli yang besar dan mampu menampung kenderaan seberat 45 tan! Tambahan pula, lebarnya hanya cukup untuk satu kenderaan pada satu masa. Bayangkan betapa mencabar untuk melaluinya, terutamanya jika angin bertiup kencang.

Namun, jangan risau. Jambatan ini sebenarnya adalah projek sementara yang dibina untuk membantu pembinaan jambatan yang lebih besar, iaitu Jambatan Shuangbao. Apabila siap, Jambatan Shuangbao akan menjadi jambatan double-arch terbesar di dunia, merentasi kedua-dua Sungai Dadonghe dan Xiaohegou. Walaupun jambatan gantung ini kelihatan berbahaya, ia memainkan peranan penting dalam pembinaan struktur yang lebih mengagumkan di masa hadapan.

Baca Ini :

10 Gambar Hantu Sebenar?

10 Tempat Terbiar Paling Menakutkan Di Dunia

Cendawan Paling Pelik Di Dunia Wow (10 Gambar)


China memang terkenal dengan infrastruktur mereka yang mengagumkan, dan jambatan gantung Dadong River Gorge ini adalah satu lagi bukti kehebatan kejuruteraan mereka. Bagi pekerja-pekerja pembinaan, melintasi jambatan ini mungkin sesuatu yang mendebarkan setiap hari, tetapi bagi kita yang hanya melihat dari jauh, ia pasti menjadi pemandangan yang tidak dapat dilupakan.

Sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post