Negara Terkaya Di Dunia 2024, Malaysia Pula ? (11 Gambar )

Kekayaan sesebuah negara sering menjadi topik yang menarik untuk dibaca. Tapi pernah tak terfikir, macam mana kita nak tahu sesebuah negara tu kaya atau tidak? Di sini oohsenyum jelaskan dahulu beberapa kaedah utama yang digunakan untuk mengukur kekayaan sesebuah negara. Dan selepas itu, oohsenyum senaraikan negara terkaya di dunia pada tahun 2024, Malaysia ? 

Cara mengukur kekayaan sesebuah negara :

1. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Per Kapita

Salah satu cara yang paling biasa digunakan untuk mengukur kekayaan sesebuah negara ialah melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita. KDNK adalah jumlah nilai barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan dalam sesebuah negara dalam setahun. Dan dibahagiakan dengan jumlah penduduk negara tersebut, maka kita akan dapat KDNK per kapita, yang memberi gambaran tentang pendapatan purata setiap individu dalam sesebuah negara. Senang cerita, lagi tinggi KDNK per kapita, lagi kaya lah negara tersebut. Sebab ia menunjukkan purata pendapatan rakyat negara itu lebih tinggi.

2. Pendapatan Negara Kasar (PNK) Per Kapita

Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita juga merupakan kaedah yang digunakan untuk mengukur kekayaan sesebuah negara. PNK merangkumi semua pendapatan yang diperoleh oleh penduduk sesebuah negara, termasuk pendapatan dari luar negara. Jadi, kalau banyak rakyat negara tersebut berkerja luar negara atau ada pelaburan antarabangsa, maka PNK per kapita nya akan tinggi. 

3. Indeks Pembangunan Manusia (IPM)

Selain daripada ukuran ekonomi semata-mata, Indeks Pembangunan Manusia (IPM) juga digunakan untuk menilai kekayaan sesebuah negara. IPM menggabungkan beberapa faktor seperti jangka hayat, pendidikan, dan taraf hidup bagi sesebuah negara. Jadi, negara yang mempunyai IPM yang tinggi biasanya bukan saja negara tersebut kaya dari segi ekonomi, tapi juga dari segi kualiti hidup penduduknya.

4. Kuasa Beli (Purchasing Power Parity, PPP)

Kuasa Beli atau Purchasing Power Parity (PPP), PPP ialah kos hidup dan kadar inflasi di sesebuah negara. Dengan membandingkan kos barangan dan perkhidmatan yang sama di negara-negara berbeza, PPP memberi gambaran yang lebih tepat tentang kuasa beli sebenar rakyat di negara tersebut. Makin tinggi PPP. makin kaya negara tersebut. (sebab rakyatnya banyak duit)

5. Aset dan Kekayaan Bersih

Dan akhir sekali, cara mengukur kekayaan sesebuah negara adalah dengan melihat aset dan kekayaan bersih sesebuah negara. Ini termasuk nilai harta benda, simpanan, pelaburan, dan aset lain yang dimiliki oleh individu dan kerajaan. Negara yang mempunyai aset dan kekayaan bersih yang tinggi biasanya mempunyai kestabilan ekonomi yang lebih baik dan keupayaan untuk menghadapi cabaran ekonomi.

Ok, di bawah ini pula senarai negara terkaya di dunia pada tahun 2024. Negara Melaysia ke berapa??

1.Luxembourg (KDNK per kapita: $143,743 / RM675,200 )

Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sekitar $143,743, Luxembourg menduduki tempat pertama dalam senarai negara terkaya di dunia. Negara kecil di Eropah ini bukan sahaja terkenal dengan landskap indahnya, tetapi juga dengan ekonominya yang kukuh dan stabil.

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan Luxembourg adalah sektor kewangannya yang sangat baik. Luxembourg adalah pusat kewangan utama di Eropah, menempatkan banyak bank antarabangsa, syarikat insurans, dan firma pelaburan. Keupayaan negara ini untuk menarik pelaburan asing dalam jumlah yang besar adalah hasil daripada dasar kewangan yang mesra pelabur dan persekitaran perniagaan yang stabil. Di samping itu, Luxembourg juga terkenal dengan rejim cukai yang kompetitif, menjadikannya pilihan utama bagi syarikat-syarikat multinasional untuk menubuhkan ibu pejabat Eropah mereka di sini.

Tambahan pula, ekonomi Luxembourg juga diperkukuhkan oleh aliran masuk modal asing yang berterusan. Negara ini berjaya menarik banyak pelaburan langsung asing, yang membantu meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam pelbagai sektor ekonomi. Gabungan antara sektor kewangan yang maju, dasar ekonomi yang mesra pelabur, dan aliran modal asing yang konsisten menjadikan Luxembourg sebagai negara paling kaya di dunia pada tahun 2024. Dengan semua faktor ini, tidak hairanlah Luxembourg terus menikmati tahap kekayaan yang luar biasa dan menjadi contoh negara yang berjaya menguruskan ekonominya dengan baik.


Baca juga :

Negara Paling Kecil Di Dunia 2024 (10 Gambar)

Negara Paling Aman Di Dunia (11 Gambar)


2. Macao SAR (KDNK per kapita: $134,141 / RM630,100 )

Macao Special Administrative Region (SAR) kini berada di kedudukan ke-dua teratas antara negara terkaya di dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antarabangsa sebanyak $134,141 (kira-kira RM630,100). Macao, yang dahulunya merupakan koloni Empayar Portugis, telah menyaksikan pertumbuhan kekayaan yang luar biasa sejak industri "game" dibebaskan pada tahun 2001. 

Dengan populasi sekitar 700,000 orang dan lebih daripada 40 kasino yang terletak di kawasan seluas kira-kira 30 kilometer persegi di selatan Hong Kong, telah menjadi mesin penghasil wang yang luar biasa. Namun, pandemik Covid-19 memberi tamparan hebat kepada ekonomi Macao, dengan penurunan drastik dalam aktiviti pelancongan global yang menyebabkan kehilangan pendapatan yang besar. 

Selama tempoh ini, Macao bahkan tergelincir daripada senarai 10 negara terkaya. Walaupun begitu, Macao berjaya bangkit semula dengan pantas selepas pandemik, dan per kapita kuasa beli mereka yang mencecah kira-kira $125,000 pada tahun 2019 kini menjadi lebih tinggi.

3. Ireland ( KDNK per kapita: $133,895 / RM629,000 )

Ireland berjaya menduduki tempat ke-3 sebagai negara paling kaya di dunia dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sekitar $133,895. Kejayaan ekonomi Ireland ini banyak disumbangkan oleh kehadiran ibu pejabat syarikat teknologi dan farmaseutikal multinasional Eropah yang terkenal. Negara ini telah menarik banyak syarikat berjaya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, menjadikannya salah satu ekonomi paling maju di dunia.

Salah satu faktor utama yang menjadikan Ireland kaya adalah dasar cukai yang sangat menguntungkan. Dengan kadar cukai korporat yang rendah, Ireland menjadi pilihan utama bagi syarikat-syarikat besar seperti Google, Apple, dan Pfizer untuk menubuhkan ibu pejabat serantau mereka. Dasar cukai yang mesra pelabur ini bukan sahaja menarik syarikat multinasional tetapi juga menyumbang kepada peningkatan pelaburan asing langsung. Ini membawa kepada penciptaan banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Selain itu, Ireland juga mempunyai tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dan mahir dalam bidang teknologi dan sains. Sistem pendidikan yang baik dan tumpuan kepada inovasi dan penyelidikan menjadikan negara ini sebagai hub untuk industri teknologi dan farmaseutikal. Gabungan antara dasar cukai yang kompetitif, kehadiran syarikat multinasional, dan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi menjadikan Ireland sebagai salah satu negara terkaya di dunia pada tahun 2024. Kejayaan ini membuktikan betapa pentingnya dasar ekonomi yang bijak dan pendidikan yang berkualiti dalam membina kekayaan sesebuah negara.

4. Singapore ( KDNK per kapita: $133,737 / RM628,400 )

sumber

Singapore berada dalam kedudukan ke-4 dalam senarai negara paling kaya di dunia pada tahun 2024 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sekitar $133,737 (sekitar RM 628,400). Negara kecil ini terkenal sebagai pusat kewangan dan perdagangan global yang mempunyai ekonomi yang kuat berdasarkan perkhidmatan kewangan, teknologi maju, dan perdagangan antarabangsa. Ramai yang mungkin tidak menyedari bahawa industri perkapalan Singapore juga memberi impak besar, disebabkan kedudukannya yang strategik di laluan penting Timur-Barat.

Salah satu kunci kejayaan Singapore dalam menarik individu berpendapatan tinggi ialah dasar fiskalnya yang sangat menarik. Di Singapore, keuntungan modal dan dividen adalah bebas cukai, menjadikannya syurga kewangan yang menarik bagi jutawan dan bilionair dari seluruh dunia. Contohnya, Eduardo Saverin, salah seorang pengasas Facebook, berpindah ke Singapore pada tahun 2011 dan menjadi penduduk tetap negara ini. Seperti Saverin, ramai lagi individu berpendapatan tinggi memilih Singapore bukan sahaja kerana tarikan bandar dan alam semulajadinya tetapi juga kerana persekitaran fiskal yang mesra.

Bagaimana Singapore mencapai tahap kekayaan ini? Apabila negara ini mencapai kemerdekaan pada tahun 1965, separuh daripada populasinya buta huruf dan hampir tiada sumber semulajadi. Namun, melalui kerja keras dan dasar yang bijak, Singapore berjaya bangkit menjadi salah satu tempat paling mesra perniagaan di dunia. Hari ini, Singapore merupakan hab perdagangan, pembuatan, dan kewangan yang berkembang pesat, dengan 98% daripada populasi dewasa kini bijak pandai. Walaupun begitu, Singapore tidak terlepas daripada kemelesetan ekonomi global yang didorong oleh pandemik. Pada tahun 2020, ekonomi Singapore mengecut sebanyak 3.9%, tetapi berjaya bangkit dengan pertumbuhan 8.8% pada tahun 2021. Namun, masalah ekonomi di China, salah satu rakan dagang utama, telah mengganggu pemulihan tersebut. Pada tahun 2023, ekonomi hanya berkembang sebanyak 1% dan dijangka tidak berkembang lebih daripada 2% pada tahun 2024 dan 2025.

5. Qatar ( KDNK per kapita: $112,283 / RM527,500 )

Qatar berjaya menduduki tempat kelima dalam senarai negara paling kaya di dunia pada tahun 2024, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita iaitu $112,283 atau RM527,500. Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan Qatar adalah simpanan sumber semula jadi yang melimpah, terutamanya minyak dan gas. Qatar mempunyai rizab gas terbesar ketiga di dunia, yang memberikan hasil ekonomi yang sangat besar berbanding dengan jumlah penduduknya yang kecil.

Sumber minyak dan gas yang banyak ini menjadi tulang belakang ekonomi Qatar. Pengeluaran dan eksport minyak serta gas asli bukan sahaja menyediakan pendapatan besar kepada negara tetapi juga menarik pelaburan asing. Kekayaan ini membolehkan Qatar membangun infrastruktur yang moden dan menawarkan kualiti hidup yang tinggi kepada rakyatnya. Dana hasil minyak dan gas juga digunakan untuk pelaburan strategik di dalam dan luar negara, membantu mempelbagaikan ekonomi Qatar.

Selain daripada sumber semula jadi, Qatar juga sedang mengembangkan ekonominya dalam sektor-sektor lain. Sebagai contoh, menjadi tuan rumah kepada acara besar seperti FIFA 2022 telah memberikan lonjakan besar kepada industri pelancongan dan ekonomi negara. Pembinaan fasiliti sukan, hotel, dan infrastruktur lain untuk acara ini telah mencipta banyak peluang pekerjaan dan menarik lebih banyak pelancong ke negara ini. Qatar juga terus berusaha untuk memajukan sektor pendidikan, teknologi, dan kewangan, yang semuanya menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan.

6. United Arab Emirates (UAE) ( KDNK per kapita: $96,846 / RM454,700 )

United Arab Emirates kini berada di kedudukan ke-9 dalam senarai negara terkaya di dunia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebanyak $96,846 (kira-kira RM454,700). Kedudukan ini menunjukkan ekonomi dinamik UAE di rantau Timur Tengah. Kekayaan negara ini sebahagian besarnya datang daripada hasil minyak, tetapi juga disokong oleh perkembangan pesat sektor pelancongan dan kewangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sektor minyak adalah tulang belakang ekonomi UAE, memberikan pendapatan besar yang membolehkan negara ini melabur dalam pelbagai projek infrastruktur dan pembangunan. Namun, UAE tidak hanya bergantung kepada minyak semata-mata. Negara ini telah berjaya mempelbagaikan ekonominya dengan mempromosikan pelancongan mewah dan menjadi hab kewangan utama di rantau ini. Bandar-bandar seperti Dubai dan Abu Dhabi terkenal dengan tarikan pelancongan bertaraf dunia dan pusat perniagaan yang moden.

Selain itu, UAE juga menawarkan kualiti hidup yang tinggi kepada penduduknya, dengan akses kepada perkhidmatan canggih, infrastruktur moden, dan peluang ekonomi yang luas. Penekanan terhadap pembangunan pendidikan, kesihatan, dan teknologi menjadikan negara ini destinasi menarik untuk pelabur dan profesional dari seluruh dunia. 

7. Switzerland (KDNK per kapita: $91,932 / RM431,700 )

Switzerland menduduki tempat ketiga dalam senarai negara paling kaya di dunia pada tahun 2024 dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sekitar $91,932. Negara ini terkenal dengan kualiti hidup yang tinggi dan kecekapan perkhidmatan yang disediakan oleh entiti awam dan syarikat swasta. Kejayaan Switzerland dalam bidang kewangan dan industri juga merupakan faktor utama yang menyumbang kepada kekayaannya.

Sektor kewangan di Switzerland sangat maju, dengan banyak bank antarabangsa yang berpusat di negara ini. Kepercayaan dan kerahsiaan yang tinggi dalam sistem perbankannya menjadikan Switzerland destinasi pilihan bagi individu dan syarikat yang ingin menyimpan dan menguruskan kekayaan mereka. Selain itu, dasar kewangan yang stabil dan pengawalseliaan yang ketat membantu memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi negara ini.

Selain sektor kewangan, Switzerland juga unggul dalam sektor industri, terutamanya dalam pembuatan barangan berkualiti tinggi seperti jam tangan, peralatan perubatan, dan produk farmaseutikal. Negara ini juga mempunyai tenaga kerja yang sangat mahir dan berpendidikan tinggi, yang menyumbang kepada produktiviti dan inovasi dalam sektor-sektor penting. Dengan kombinasi sektor kewangan yang kukuh, industri yang maju, dan kualiti hidup yang tinggi, Switzerland terus menjadi salah satu negara terkaya di dunia pada tahun 2024. Kejayaan ini menunjukkan betapa pentingnya keseimbangan antara dasar ekonomi yang mantap dan kualiti perkhidmatan awam untuk mencapai kekayaan negara.

8. San Marino (KDNK per kapita: $86,989 / RM408,500 )

sumber

San Marino dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antarabangsa sebanyak $86,989 (kira-kira RM408,500), dan hanya mempunyai 34,000 penduduk, menjadikan San Marino salah satu rakyat terkaya di dunia. Faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan negara ini adalah kadar cukai pendapatan yang sangat rendah, iaitu kira-kira satu pertiga daripada purata Kesatuan Eropah (EU).

Selain daripada kadar cukai yang rendah, San Marino menunjukkan daya tahan yang luar biasa semasa pandemik dan selepasnya, walaupun menghadapi keadaan monetari yang ketat dan krisis tenaga. Sektor pelancongan negara ini memainkan peranan penting dalam pemulihan ekonomi, dengan peningkatan ketibaan pelancong yang membantu menjana pendapatan yang signifikan. Di samping itu, sektor pembuatan San Marino juga mencatatkan prestasi yang kuat, memberikan sokongan ekonomi yang stabil kepada negara ini.

Walaupun San Marino adalah negara kecil dan republik tertua di Eropah, ia sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang dan peraturannya dengan piawaian EU dan antarabangsa. Usaha ini tidak hanya memperkukuh kedudukannya di peringkat global tetapi juga memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang. 

9. Amerika Syarikat (AS) (KDNK per kapita: $84,201 / RM395,400 )

Amerika Syarikat (AS) kini berada di kedudukan ke-9 antara negara terkaya di dunia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita sebanyak $84,201. Kedudukan ini membuktikan kehebatan ekonomi AS yang tetap kukuh dan berdaya saing. Kejayaan ekonomi ini banyak dipacu oleh pasaran domestik yang besar dan kuat, yang disokong oleh syarikat-syarikat teknologi, kewangan, dan industri terkemuka di dunia.

Salah satu faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan AS adalah inovasi teknologi yang pesat. Negara ini merupakan rumah kepada gergasi teknologi seperti Apple, Microsoft, dan Google yang bukan sahaja menguasai pasaran domestik, tetapi juga pasaran global. Keupayaan AS untuk terus memimpin dalam sektor teknologi memberikan kelebihan kompetitif yang besar dalam ekonomi global. Selain itu, kekuatan industri kewangan di Wall Street turut menyumbang kepada aliran modal yang besar, menjadikan AS sebagai pusat kewangan utama dunia.

Tambahan pula, AS juga telah menunjukkan adaptasi yang berkesan dalam sektor kriptowang. Kedudukan mereka yang kukuh dalam teknologi dan kewangan membolehkan integrasi yang lancar dalam sektor ini, membuka peluang baru untuk pelaburan dan inovasi. Ini termasuklah kerjasama dengan negara maju lain seperti Singapura, yang turut aktif dalam sektor kriptowang. 

10. Norway (KDNK per kapita: $82,832 / RM388,900 )

Norway kini berada di kedudukan ke-10 dalam senarai negara terkaya di dunia, dengan ekonominya yang kukuh sejak penemuan simpanan minyak besar di luar pesisir pada akhir 1960-an. Sebagai pengeluar petroleum terbesar di Eropah Barat, Norway telah mendapat manfaat daripada harga minyak yang meningkat selama beberapa dekad. Kekayaan hasil minyak ini telah membolehkan negara melabur dalam pembangunan infrastruktur dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya.

Namun, kejatuhan harga minyak pada awal tahun 2020 dan pandemik global memberi kesan besar kepada ekonomi Norway. Pada suku kedua tahun itu, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Norway jatuh sebanyak 6.3%, penurunan terbesar dalam setengah abad. Walaupun begitu, ekonomi Norway berjaya bangkit semula selepas kejutan awal ini, menunjukkan ketahanan yang luar biasa.

Selain itu, Norway mempunyai dana kekayaan berdaulat sebanyak $1.4 trilion, yang terbesar di dunia. Dana ini memberi sokongan kewangan yang kukuh kepada negara dalam menghadapi sebarang masalah ekonomi yang tidak dijangka. 

58. Malaysia (KDNK per kapita: $39,030 / RM183,300 )

Malaysia, walaupun menduduki tangga ke-58 dalam senarai negara terkaya di dunia berdasarkan KDNK per kapita sebanyak $39,030 (RM183,300), mempunyai potensi besar untuk terus maju. Sejak mencapai kemerdekaan dari penjajahan British pada tahun 1957, negara kita telah berjaya mengubah ekonominya dari yang berasaskan pertanian dan komoditi kepada sebuah ekonomi yang dinamik dan pelbagai sektor. Negara kita kini terkenal sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan, serta pengeksport elektronik, semikonduktor, petroleum ditapis, dan gas asli. Kejayaan ekonomi ini turut disokong oleh sistem perbankan yang teratur, industri penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang kukuh, serta dasar yang menggalakkan pasaran terbuka dan inisiatif sektor swasta.

Faktor-faktor utama yang menyumbang kepada kekayaan negara kita yang tercinta ini adalah pelaburan langsung asing (FDI) yang signifikan, perjanjian pelaburan dua hala, serta keanggotaan dalam ASEAN dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). FDI telah memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi negara, membawa teknologi, kepakaran, dan peluang pekerjaan baru. Selain itu, dasar-dasar kerajaan yang mengutamakan pembangunan infrastruktur, pendidikan, dan penyelidikan juga telah membantu negara kita mencapai pertumbuhan ekonomi yang stabil dan berdaya saing.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu kita atasi bagi mencapai kedudukan 10 teratas negara terkaya di dunia. Antaranya ialah kebergantungan kepada sektor minyak dan gas yang boleh menjejaskan bajet negara jika harga komoditi tersebut merosot. Kos buruh yang semakin meningkat juga boleh mengurangkan daya saing harga barangan Malaysia di pasaran global. Selain itu, pergantungan yang tinggi kepada import makanan dan isu-isu perkauman serta agama juga perlu ditangani dengan bijaksana. 


sumber

sumber 1

sumber 2


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post