Seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai Jing telah menggunakan dron kawalan jauh untuk mengintip isterinya yang disyaki curang dengan bosnya semasa waktu kerja.
Jing mula mengesyaki isterinya apabila wanita itu menjadi semakin dingin dan mengubah rutin hariannya secara mendadak. Isterinya kerap memberi alasan setiap kali Jing ingin menemaninya atau melawat ibu bapanya lebih kerap daripada biasa. Dia juga menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja.Jing memutuskan untuk menggunakan dron komersial untuk mengintip dari jauh. Dia akan memandu ke tempat kerja isterinya dan menerbangkan dron untuk memantau kawasan tersebut tanpa risiko dilihat oleh isterinya atau rakan sekerja.
Suatu hari, ketika memantau isterinya, Jing melihat isterinya keluar dari pejabat bersama seorang lelaki misteri dan masuk ke dalam kereta. Mereka memandu ke kawasan pergunungan yang terpencil di mana dron menangkap mereka berjalan berpegangan tangan menuju ke sebuah rumah usang. Kira-kira 20 minit kemudian, pasangan itu meninggalkan rumah tersebut dan kembali ke tempat kerja.Jing kemudian melaporkan di media sosial bahawa lelaki yang dirakam oleh dronnya sebenarnya adalah bos isterinya, yang baru-baru ini memberinya kenaikan pangkat. Isteri lelaki tersebut juga bekerja di bangunan yang sama, jadi mereka terpaksa merahsiakan hubungan mereka dan bertemu di tempat terpencil.
“Lelaki lain dalam hidupnya ialah majikannya,” tulis suami yang dicurangi itu di laman website. “Mereka bekerja di kilang yang sama. Isteri saya terpaksa bertemu dengannya di tempat terpencil.”Jing juga memuat naik gambar isterinya dan lelaki tersebut berpegangan tangan dan berkata bahawa dia merancang untuk menggunakan rakaman dron sebagai bukti untuk bercerai.
macam2
ReplyDelete