Anjing Mati Hidup Semula Dari Korea Selatan

Hosun adalah nama seekor anjing dari Korea Selatan yang telah menjadi legenda selepas melalui pengalaman yang sangat luar biasa. Kisahnya bermula enam tahun lalu apabila Hosun, yang ketika itu hanya anak anjing berusia empat bulan, dilanggar oleh sebuah trak berhampiran rumah tuannya di Yeongcheon. 

Cedera parah yang dialaminya menyebabkan seorang jiran yang menemui Hosun menyangka dia telah mati. Lelaki itu kemudian menanam Hosun di sebuah ladang berhampiran dan menyampaikan berita sedih itu kepada tuannya.

Namun, empat hari kemudian, pemilik Hosun terdengar bunyi tangisan dari sebuah parit berhampiran rumah mereka. Betapa terkejutnya mereka apabila mendapati Hosun, walaupun cedera teruk tetapi masih hidup. Kaki belakang Hosun patah akibat kemalangan  dan hampir tidak dapat berdiri.

Pemiliknya segera memberi air dan membawanya ke doktor haiwan. Doktor mengesahkan bahawa Hosun mengalami patah tulang pelvis dan kaki belakang, tetapi tidak dapat menjelaskan bagaimana dia boleh keluar dari kuburnya. Berita mengenai keajaiban anjing Hosun mula tersebar di kawasan kejiranannya. Ada yang percaya bahawa Hosun telah kembali sebagai dewa yang menjelma semula.

Cerita tentang Hosun semakin terkenal sehingga penerbit rancangan TV terkenal 'What on Earth' datang mengetuk pintu rumah tuannya untuk mendapatkan butiran lanjut. Pada tahun 2018, episod mengenai Hosun disiarkan di Korea Selatan dan Hosun sebagai anjing ajaib.

"Saya meremang bulu roma kerana saya sangka dia sudah mati," kata pemilik Hosun mengingat kembali hari dia menemui anjingnya yang berlumuran lumpur dan menangis di dalam parit kira-kira 80 meter dari rumahnya. Seorang pakar haiwan yang diwawancarai oleh rancangan TV itu berteori bahawa Hosun mungkin hanya pengsan akibat kemalangan, dan kerana dikubur di kubur cetek, dia berjaya menggali dirinya keluar dengan kaki depan dan merangkak perlahan-lahan menuju ke rumah.

Kisah Hosun menyentuh hati berjuta orang di Korea Selatan, termasuk seorang pakar bedah tulang veterinar yang menghubungi pemiliknya dan menawarkan untuk melakukan pembedahan. Walaupun tempoh pemulihan yang sukar, Hosun berjaya pulih dan kembali menggunakan keempat-empat kakinya.

Kini, setelah tujuh tahun sejak "kembali dari kematian," Hosun menjalani kehidupan terbaiknya bersama tuannya yang penyayang. Walaupun masih mempunyai sedikit kecacatan akibat kecederaan yang teruk, dia masih boleh berlari di sekitar rumah dan menikmati hidup yang penuh dan bahagia.

Sumber

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post