21 Gambar Kucing Paling Mahal Di Dunia

Kucing memang sangat disukai oleh ramai orang. Walaupun ada yang takut atau fobia dengan kucing, namun kebanyakan daripada kita sangat suka pada kucing. Selain itu, kucing juga boleh menjadi teman yang baik dan boleh memberikan terapi kepada mereka yang mengalami tekanan atau masalah emosi. Kebanyakan pemilik kucing menganggap kucing sebagai kawan rapat, bahkan ada yang memperlakukan kucing mereka seperti anak sendiri.



Oleh kerana itulah harga kucing semakin hari semakin mahal, bah kan ada yang sampai beratus ribu ringgit seekor. Antara  sebab kenapa kucing ini begitu mahal.

1. Asal Usul dan Genetik Unik

Kucing-kucing yang mahal biasanya mempunyai asal usul dan genetik yang unik. Sebagai contoh, baka Savannah adalah hasil kacukan antara kucing serval Afrika dan kucing domestik. 

2. Penjagaan dan Penyelidikan

Kucing yang mahal memerlukan penjagaan yang lebih teliti. Mereka seringkali dipelihara dalam persekitaran terkawal untuk memastikan kesihatan dan kualiti baka tersebut. Ini termasuk diet khusus, pemeriksaan kesihatan berkala, dan latihan yang sesuai.

3. Populariti dan Permintaan Tinggi

Permintaan yang tinggi juga menyumbang kepada harga yang tinggi. Baka kucing yang jarang ditemui atau mempunyai penampilan yang unik seringkali menjadi kegemaran pencinta kucing. Semakin tinggi permintaan, semakin tinggi harga kucing tersebut.


4. Kos Pembiakan dan Penyelidikan

Proses pembiakan kucing yang berkualiti tinggi melibatkan kos yang tinggi. Penyelidikan genetik, kawalan kesihatan, dan kos penternakan semuanya menyumbang kepada harga yang tinggi. Selain itu, pembiak yang bertanggungjawab akan memastikan setiap anak kucing yang dihasilkan bebas dari penyakit genetik dan sihat.

5. Faktor Estetika dan Kecantikan

Kucing dengan penampilan yang menawan sering kali menjadi rebutan. Warna bulu yang jarang ditemui, mata yang unik, dan ciri fizikal yang menarik semua menambah kepada nilai seekor kucing. 


Di bawah ini pula oohsenyum senaraikan sepuluh kucing termahal di dunia :


1. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing Egyptian Mau (RM4,000 -RM7,000)

Salah satu kucing yang paling mahal di dunia adalah Kucing Egyptian Mau. Kucing Egyptian Mau ini adalah baka yang jarang ditemui, menjadikan mereka sangat berharga. Harga kucing ini boleh menjadi agak mahal, tetapi pelaburan ini sangat berbaloi kerana keunikan dan keistimewaan kucing ini pasti akan membuat anda bangga sebagai pemiliknya.

Salah satu faktor yang menjadikan Kucing Egyptian Mau begitu istimewa adalah sejarah kucing ini yang kaya. Kucing Mau ini dianggap sebagai salah satu baka kucing domestik tertua yang wujud secara semula jadi. Tanda pada badan mereka menyerupai simbol-simbol dalam seni Mesir Purba, menjadikan kucing ini bukan sahaja cantik tetapi juga mempunyai sejarah Mesir.


Kucing Mau memang sangat memukau dengan tanda "mau" yang unik, bermaksud kucing dalam bahasa Mesir. Corak Kucing Mau ini biasanya berwarna hitam atau perak dengan bulu pendek yang berkilat. Badan mereka yang atletik dan lincah menambah daya tarikan mereka. Penampilan mereka yang anggun dan berotot pasti memikat hati sesiapa sahaja yang melihatnya.


2. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing Siberian Forest (RM2,000-RM9,000)


Salah satu baka kucing yang paling mahal adalah Kucing Hutan Siberia. Kucing Hutan Siberia ini mahal kerana penampilan mereka yang mempesonakan, perwatakan yang memikat hati,  dan permintaan yang tinggi. 

Kucing Hutan Siberia ini memang luar biasa cantik. Mereka mempunyai badan yang besar dan berotot dengan bulu yang panjang dan tebal. Bulu mereka yang tiga lapis berwarna cerah di bahagian dekat kulit dan semakin gelap ke arah hujung membuatkan mereka kelihatan berkilau apabila bergerak. Mata mereka yang ekspresif dan kepala berbentuk baji menambahkan lagi daya tarikan mereka. Penampilan yang unik ini memang menjadikan Kucing Hutan Siberia sangat diminati.


Tahukah anda bahawa Kucing Hutan Siberia adalah kucing kebangsaan Rusia? Mereka telah wujud di Rusia selama beratus-ratus tahun. Sejarah kucing ini yang "sepanjang zaman" dan status mereka sebagai baka semula jadi yang telah bertahan dalam iklim sejuk Rusia menambah lagi nilai harga kucing ini. Kucing Hutan Siberia juga dipercayai nenek moyang kepada banyak baka kucing berambut panjang hingga ke hari ini. Ini menjadikan mereka sangat berharga dari segi genetik dan sejarah.


3. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing Scottish Fold  (RM3,000-RM9,000)

Kucing ini dikenali sebagai Scottish Fold salah satu kucing paling unik dan mahal di dunia. Baka kucing ini sangat istimewa kerana ciri-ciri fizikalnya yang unik dan sejarahnya yang menarik. 

Sebenarnya baka kucing ini berasal dari Scotland dan pertama kali ditemui pada tahun 1960-an sebagai hasil mutasi semula jadi. Namun, pada awalnya, juri pameran kucing dan pakar veterinar di UK tidak menerima baka ini kerana menganggap telinga yang dilipat sebagai kecacatan yang menghalang kucing membersihkan telinga mereka dengan baik. 


Selain itu, masalah deformasi tulang belakang, kaki belakang, dan ekor. Mutasi akan menyebabkan telinga mereka terlipat juga memberi kesan buruk pada tulang rawan mereka. Apabila penyakit ini berkembang, sendi menjadi kaku, tulang menyatu, dan pergerakan menjadi lebih sukar dan menyakitkan. Mereka mungkin menunjukkan tanda-tanda kepincangan dan mungkin enggan bergerak. Oleh itu, penjagaan kesihatan mereka memerlukan perhatian khusus dan berterusan. Walaupun begitu, baka ini sangat popular di Amerika Syarikat dan negara lain, menjadikan mereka sangat bernilai tinggi.


4. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing Peterbald (RM4,000-RM9,000)

Baka kucing yang paling unik dan mahal di dunia iaitu Kucing Peterbald. Kucing ini bukan sahaja menarik perhatian kerana penampilannya yang luar biasa tetapi juga kerana sifatnya yang penuh kasih sayang dan setia. 

Kucing Peterbald terkenal kerana kekurangan bulu sama ada tidak berbulu atau mempunyai bulu halus seperti baldu yang sangat menyenangkan untuk disentuh. Ketiadaan bulu ini membuatkan mereka kelihatan eksotik dan berbeza daripada kucing biasa. Selain itu, kucing ini juga tidak akan menyebabkan masalah bulu gugur, menjadikan mereka pilihan yang baik untuk mereka yang alergi kepada bulu kucing.


Untuk pengetahuan anda, baka kucing Peterbald adalah relatif baru, dikembangkan pada tahun 1994 oleh seorang pembiak Rusia bernama Olga S. Mironova. Beliau mengacukkan kucing Oriental Shorthair dengan Don Sphynx, dan hasilnya adalah baka kucing Peterbald. Nama ini diambil sempena populariti mereka di kalangan peminat kucing di St. Petersburg, Rusia. Baka ini diterima oleh The International Cat Association (TICA) pada tahun 1997 dan mendapat status kejuaraan pada tahun 2005. Hari ini, baka ini juga diiktiraf oleh Cat Fanciers Association (CFA), walaupun masih agak jarang ditemui.

Kucing Peterbald dianggap mahal kerana keunikan penampilan mereka, perangai yang menawan, dan status mereka sebagai baka yang jarang. Proses pembiakan dan penjagaan yang memerlukan perhatian khusus juga menyumbang kepada kos yang tinggi. Selain itu, populariti mereka di kalangan pencinta kucing eksotik menambah lagi nilai mereka di pasaran.

5. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing Bengal (RM8,0000- RM14,000)

Baka kucing yang paling unik dan mahal di dunia ialah Kucing Bengal. Kucing ini sangat menawan dengan penampilan liar mereka yang eksotik. Kucing Bengal terkenal dengan tubuh mereka yang ramping dan berotot serta bulu yang tebal dan mewah dengan corak marbling dan tompok-tompok yang menonjol. Penampilan mereka yang menyerupai harimau bintang mini membuatkan mereka sangat menarik. 

Kucing Bengal adalah baka kucing moden yang mula dikembangkan pada tahun 1990-an di Amerika Syarikat. Kucing ini dihasilkan dengan mengacukkan kucing liar Asia (Prionailurus bengalensis) dari Asia Tenggara dengan kucing domestik tabby serta baka berambut pendek lain seperti Abyssinian, Burmese, dan Egyptian Mau. Tujuan asalnya adalah untuk menghasilkan kucing peliharaan yang bersifat manja tetapi menyerupai harimau bintang mini, sebagai alternatif untuk mengelakkan orang daripada memelihara kucing liar sebagai haiwan peliharaan.



Salah satu sebab utama mengapa kucing Bengal dianggap mahal adalah kerana kos pembiakan yang tinggi. Pembiakan kucing Bengal memerlukan kombinasi genetik yang khusus dan proses ini boleh menjadi sangat kompleks. Baka ini adalah kucing tulen dengan ciri-ciri unik dan penampilan yang khusus, yang memerlukan usaha dan kepakaran yang tinggi untuk dibiakkan.


6. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing  Himalayan (RM13,0000- RM16,000)



Kucing Himalaya adalah salah satu kucing yang paling mahal di dunia. Dengan kecantikan fizikal yang unik dan sifat yang manja, kucing Himalaya menjadi pilihan yang mahal dan istimewa bagi peminat kucing di seluruh dunia


Kucing Himalayan adalah hasil daripada persilangan antara kucing Persia dan kucing Siamese. Dengan bulu panjang dan lembut seperti Persia dan corak warna pada telinga, ekor, muka, dan tapak kaki seperti Siamese.Bermula pada tahun 1930-an, eksperimen pembiakan bermula, dan pada tahun 1950-an, Himalayan menjadi sangat popular sebagai kucing longhair berwarna.






Walaupun mereka adalah kucing yang mesra dan suka bermain, kecantikan mereka datang dengan harga. Himalayan memerlukan penjagaan bulu yang intensif. Anda perlu menguruskan bulu kucing ini setiap hari dan mandikan mereka sekurang-kurangnya sekali sebulan. Tetapi hasilnya, anda akan memiliki kucing yang sangat comel dan penyayang.


7. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing  Persian (RM6,0000- RM23,000)



Kucing Persia adalah salah satu baka kucing tertua di dunia, dipercayai berasal dari Persia (Iran) dan Turki. Dengan wajah rata yang unik dan bulu panjang yang mewah, kucing Persia mempunyai penampilan yang sangat menarik. Mereka lebih suka hidup dalam persekitaran yang tenang dan senyap, tetapi jangan terkejut jika mereka tiba-tiba menunjukkan ledakan tenaga.


Kucing Persia lebih sesuai tinggal dengan orang dewasa dalam rumah. Kucing ini sangat senang/best dipeluk, menjadikan kucing ini teman yang penyayang. Walau bagaimanapun, bulu mereka yang tebal dan panjang memerlukan penjagaan yang intensif. Anda perlu menyikat bulu mereka setiap hari untuk mengatasi bulu yang berterabur di rumah. Selain itu, kucing Persia juga terdedah kepada beberapa masalah kesihatan seperti mata ceri, di mana bulu mata tumbuh ke dalam, dan masalah pernafasan disebabkan oleh wajah rata mereka.



Sejarah kucing Persia bermula pada abad ke-17 apabila nenek moyang kucing ini dibawa dari Persia ke Itali dan dari Angora (kini Ankara), Turki ke Perancis. Pada awalnya, kucing Persia mempunyai rupa yang berbeza dengan wajah yang lebih panjang dan telinga yang lebih besar. Pembiakan selektif selama bertahun-tahun telah menghasilkan tubuh yang lebih gemuk dan wajah rata seperti yang kita kenali hari ini. Bulu mereka bukan sahaja panjang tetapi juga mempunyai lapisan bawah yang sangat tebal, memerlukan komitmen tinggi dalam penjagaan oleh pemiliknya.


Kucing Persia adalah antara kucing paling mahal di dunia kerana kecantikan mereka yang luar biasa dan keperluan penjagaan yang tinggi. Namun, bagi pencinta kucing, memiliki kucing Persia adalah satu pelaburan yang berbaloi kerana mereka adalah teman yang setia dan penyayang.



8. Kucing Paling Mahal Di Dunia :   Kucing Khao Manee (RM32,0000- RM51,000)



Kucing Khao Manee dikenali dengan bulu putih bersih dan mata biru yang cerah. Kucing ini mempunyai bulu pendek dan licin yang memerlukan penjagaan minima, serta tubuh yang kuat dan atletik dengan penampilan yang anggun. Kucing ini terkenal dengan keperibadian yang penyayang, pintar, dan mudah dilatih, menjadikannya pilihan yang baik untuk pemilik yang mencari teman yang setia dan bijak.


Di Thailand, Khao Manee dianggap sebagai kucing diraja dan dahulunya hanya dipelihara oleh keluarga diraja dan bangsawan. Menurut Tamra Maew, beberapa kucing dianggap membawa tuah, sementara yang lain dipercayai membawa nasib malang. Khao Manee adalah antara kucing yang dipercayai membawa tuah, terutamanya yang bermata ganjil. Kucing Khao Manee sangat jarang ditemui selain negara Thailand, dengan kucing pertama diimport ke Amerika Syarikat pada tahun 1999. Baka ini kini diiktiraf oleh Cat Fanciers Association (CFA) dan International Cat Association (TICA).




Kucing Khao Manee menjadi salah satu kucing paling mahal di dunia kerana keunikan, kecantikan, dan sejarah  kucing ini. Bagi pencinta kucing yang mencari sesuatu yang luar biasa dan bersedia untuk melabur dalam haiwan peliharaan yang jarang ditemui, Khao Manee adalah pilihan yang sangat berbaloi.


9. Kucing Paling Mahal Di Dunia :  Kucing Savannah (RM56,0000- RM234,000)



Kucing Savannah adalah baka hibrid yang unik, hasil kacukan antara kucing domestik. Penampilan mereka yang liar dan eksotik dengan bintik-bintik menarik, telinga besar, dan tubuh panjang serta langsing menjadikan mereka sangat menarik dan diminati oleh pencinta kucing. Saiz mereka yang besar dan personaliti yang mesra serta aktif menjadikan mereka haiwan peliharaan yang hebat dan penuh dengan keceriaan.




Selain penampilan yang menarik, kucing Savannah juga sangat sosial dan mudah menyesuaikan diri dengan manusia, menjadikan mereka teman yang baik. Namun, kenakalan baka ini menambah kepada harga yang tinggi. Kucing Savannah adalah baka yang agak baru dalam dunia pembiakan kucing domestik, yang turut menyumbang kepada kos yang tinggi.




Sejarah kucing Savannah bermula dengan kacukan antara kucing domestik dan African Serval. Anak kucing pertama, yang dinamakan "Savannah", dilahirkan pada 7 April 1986. Generasi pertama kucing Savannah menunjukkan ciri-ciri fizikal Serval tetapi dengan sifat jinak kucing domestik. Pada tahun 2012, The International Cat Association (TICA) menerima kucing Savannah sebagai baka rasmi.



10. Kucing Paling Mahal Di Dunia : Kucing  Ashera   (Lebih Dari RM585,000)


Dan yang terakhir kucing paling mahal di dunia, yang harganya boleh mencecah $585,000 atau lebih!  iaitu kucing Ashera. Memang mahal gila, kan? Kucing Ashera adalah baka hibrid yang sangat jarang ditemui. 


Pada tahun 2006, sebuah syarikat bioteknologi bernama Allerca Lifestyle Pets yang dimiliki oleh Simon Brodie memperkenalkan kucing Ashera kepada dunia. Mereka mendakwa kucing ini adalah baka baru yang dicipta melalui kacukan serval Afrika, kucing harimau bintang Asia, dan kucing domestik. Kucing ini bukan sahaja cantik dan unik, tetapi juga dikatakan hypoallergenic, yang sangat jarang berlaku dalam dunia kucing. Memang nampak macam kucing dari hutan!




Namun, ada juga kontroversi mengenai kucing Ashera. Keaslian dan asal usulnya sering dipertikaikan kerana Lifestyle Pets, yang tidak pernah mendedahkan rekod pembiakannya. Tambahan pula, kucing ini tidak diiktiraf oleh mana-mana persatuan kucing rasmi, jadi tiada piawaian baka atau daftar untuk mengesahkan keaslian anak kucing yang dijual sebagai Ashera.



Sumber

Sumber



Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post