13 Gambar Penemuan Seekor Anjing Menyeramkan

Pada tahun 1930-an, sebuah kejadian aneh telah menggemparkan penduduk sebuah kawasan pedalaman. Kejadian ini melibatkan penemuan seekor anjing kurus yang penampilannya begitu menyeramkan sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi dan cerita seram di kalangan penduduk setempat.

Kejadian ini berlaku di sebuah kampung kecil di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Pada bulan Oktober 1935, seorang penduduk kampung yang dikenali sebagai John H. Williams berjaya mengambil gambar anjing misteri yang sedang berdiri dihalaman rumahnya. Penemuan ini sangat mengemparan di kalangan penduduk kampung tersebut. 



Ada yang percaya bahawa anjing ini adalah jelmaan makhluk halus, manakala ada juga yang menganggapnya sebagai anjing liar yang kelaparan. Beberapa ahli biologi dan veterinar dari kawasan sekitar tersebut dipanggil untuk menyiasat, namun tiada penjelasan yang dapat diberikan. Penemuan seekor anjing menyeramkan ini kekal sebagai misteri sehingga hari ini.



The End










 ....wait for it....







Sebenarnya, gambar dan kisah di atas hanyalah rekaan semata-mata. Ia dihasilkan menggunakan Artificial Intelligence (AI) oleh seorang ilustrator bebas yang terkenal, Dietmar Höpfl. Dietmar Höpfl adalah seorang ilustrator bebas yang terkenal dengan lukisan-lukisan yang sangat unik, pelik dan menggagumkan. Apa yang menariknya tentang Dietmar ialah setiap kali beliau buat lukisan, orang boleh faham maksud lukisan tersebut dengan hanya sekali pandang sahaja. Hebat kan? 

Tak hairanlah dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Dietmar telah terlibat dalam ratusan projek yang berbeza. Karya Dietmar boleh kita jumpa di pelbagai platform seluruh dunia. Daripada laman web, majalah, iklan TV, permainan, aplikasi, baju, hingga papan iklan. Jenis karya yang Dietmar hasilkan sangat pelbagai, daripada kartun hingga reka bentuk logo moden. 

Kadang-kadang, Dietmar suka gabungkan kedua-dua elemen ini dalam satu karya, menjadikan hasilnya sangat unik dan menarik. Banyak karya Dietmar boleh didapati di agensi stok untuk dimuat turun. Kalau anda nak tengok karya terbaru beliau, jangan lupa lawat laman web Dietmar (Klik Sini) dan instagram beliau "shockfactor.de"

Selain berkarya, Dietmar juga sangat aktif di akaun Isntagram beliau iaitu akaun shockfactor_ai. Akaun ini mempunyailebih dari 100K pengikut. Dan apa yang membuatkan beliau begitu popular di Instagram adalah kerana kemampuannya mencipta gambar yang pelik dan unik menggunakan teknologi AI. Dietmar memanfaatkan teknologi AI untuk menghasilkan ilustrasi berdasarkan zaman 1900-an, memberikan sentuhan nostalgia dalam setiap gambar yang dihasilkannya. Setakat ini, beliau telah menghasilkan lebih 600 gambar yang unik dan menarik.

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lupa lawat laman web beliau dan follow Instagram shockfactor_ai untuk menikmati karya-karya yang menakjubkan. Di bawah ini hasil karya seni visual beliau...













Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post