Pemandu Ambulans Didakwa Kerana Memandu Laju

Matt Wood, seorang pemandu ambulans dari Nursling, Hampshire, telah dipanggil ke mahkamah kerana memandu laju semasa dalam panggilan kecemasan. Kejadian berlaku pada tahun 2023 apabila beliau sedang dalam perjalanan untuk mengambil pesakit yang keadaannya "tidak stabil" di Lapangan Terbang Southampton. 


Matt dikesan memandu pada kelajuan 90mph (144km/j) dengan menggunakan lampu biru pada ambulans tanpa tanda. Walaupun dia menyediakan bukti bahawa dia sedang bertindak balas terhadap kecemasan perubatan, kes itu tetap didakwa.

Dan akhirnya kes terhadap Matt Wood dibatalkan selepas bukti yang beliau kemukakan diterima oleh pihak mahkamah. Selepas prosiding, Matt meluahkan rasa kecewanya dan menyifatkan pendakwaan itu sebagai 'membazir masa'. Beliau berasa malu kerana kes ini telah dibawa sehingga ke mahkamah walaupun beliau hanya menjalankan tugas sebagai pemandu ambulans.

Baca ini juga:

Wanita Hilang Ditemui Di Perut Ular Sawa Gergasi

Kereta Paling Laju Di Dunia 2024

Kereta Terbesar Dalam Sejarah Dunia (9 Gambar)

"Kami sentiasa menjelaskan kepada pihak berkuasa tentang siapa kami dan apa yang kami lakukan, dan biasanya mereka akan membiarkannya. Namun, kali ini berbeza," kata Matt. "Saya berharap perkara ini tidak akan berlaku lagi."

Hampshire Constabulary menyatakan bahawa kenderaan yang digunakan Matt "tidak lengkap" untuk mengangkut orang dan tidak ditandakan sebagai ambulans. Ini mungkin menjadi faktor kenapa kes ini dibawa ke mahkamah.

Jurucakap UNISON menyatakan bahawa kenderaan NHS  boleh memohon pengecualian had laju dalam kes kecemasan, tetapi mungkin timbul masalah jika menggunakan kenderaan NHS yang tidak bertanda.

Walaupun undang-undang jalan raya penting untuk keselamatan semua, ada kalanya fleksibiliti diperlukan terutama dalam kes kecemasan yang melibatkan nyawa manusia.


sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post