Lina Dengan Tujuh Lelaki Tua

Lina, seorang wanita muda dari Barranquilla, Colombia, telah mencetuskan perbualan hangat di media sosial dengan kisah hubungannya yang luar biasa. Dia berkongsi tentang bagaimana dia menjalin hubungan poliamora dengan tujuh lelaki yang lebih tua, yang semuanya tahu dan bersetuju dengan situasi ini.

Apa itu Poliamori?  Poliamori adalah bentuk hubungan romantik di mana individu memiliki atau terbuka untuk memiliki lebih daripada satu pasangan secara serentak dengan pengetahuan dan persetujuan semua pihak yang terlibat. Konsep ini berbeza dengan hubungan monogami tradisional di mana seseorang hanya mempunyai satu pasangan pada satu masa.

Adakah Poliamori ini sama dengan Poligami? ianya hampir sama cuma, Poliamori menekankan keterbukaan, komitmen, dan persetujuan bersama dalam semua hubungan yang terlibat, sementara poligami pula dikaitkan dengan tujuan tertentu dalam konteks budaya atau agama.Ia lebih melibatkan pernikahan.

Berbalik cerita Lina dengan tujuh lelaki tua, Lina memutuskan untuk mencuba hubungan poliamora selepas beberapa pengalaman gagal dengan pasangan yang tidak dapat memberikan kestabilan emosi dan ekonomi pada dirinya. Dia mendapati lelaki yang lebih tua lebih murah hati dan tidak menuntut banyak pekara. Dalam satu temubual dengan Última Hora Valle, Lina berkata, 

"Saya sedar bahawa saya tidak perlu meminta apa-apa dari mereka, mereka beri saya segalanya kerana mereka tahu mereka tidak akan menemui wanita seperti saya pada usia mereka."

Untuk mencari pasangan yang lebih tua, Lina mula mengunjungi tempat-tempat di mana orang tua sering berkumpul, seperti di Taman Bolívar. Di sana, secara dia mulai mengenali beberapa lelaki tua dan akhirnya menjalin hubungan dengan tujuh daripada mereka. Lelaki ini ialah Carlos, Simón, Jesús, Pablo, Manuel, dan dua lagi yang namanya tidak didedahkan.

Lelaki ini, semuanya pesara, bertanggungjawab menanggung perbelanjaan Lina dan membantu dengan tugas rumah tangga. Lina memastikan tidak ada risiko kehamilan kerana usia lanjut pasangannya. Walaupun ada yang mengkritiknya kerana didakwa mengambil kesempatan daripada orang tua, Lina mempertahankan gaya hidupnya, menggambarkannya sebagai persetujuan bersama dan bukannya hubungan berdasarkan cinta romantis.

sumber

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post