Jet Yang Hilang 50 Tahun Lalu Akhiranya Ditemui


Pada tahun 1971, sebuah jet peribadi yang membawa lima penumpang hilang dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Burlington ke Providence, Rhode Island. 

Pesawat tersebut, yang membawa dua kru dan tiga pekerja dari Cousin's Properties, sebuah syarikat pembangunan di Atlanta. Jet ini tidak pernah dijumpai walaupun telah banyak usaha pencarian dilakukan selama lima dekad.

Namun, baru-baru ini, misteri kehilangan pesawat itu akhirnya terungkap. Garry Kozak, seorang penyelam dari Goffstown, New Hampshire, berjaya menemui bangkai pesawat tersebut di dasar Tasik Champlain, berhampiran Pulau Juniper. Penemuan ini berlaku pada hujung minggu "Memorial Day", tetapi berita ini dirahsiakan sehingga keluarga mangsa dimaklumkan.

Kozak dan pasukannya menggunakan kenderaan kawalan jauh dan teknologi pengimejan resolusi tinggi untuk mencari serpihan yang belum pernah ditemui sebelum ini. Mereka menemui badan pesawat yang patah, panel instrumen, struktur sayap, dan enjin, yang kesemuanya sesuai dengan pesawat yang hilang itu.

Kozak yakin dengan penemuannya ini kerana tiada jet korporat lain yang dilaporkan hilang di dasar tasik seluas 490 batu persegi itu. Dia berterima kasih kepada semua yang telah membantu dalam pencarian ini dan menyatakan bahawa lokasi tepat pesawat tersebut akan dirahsiakan untuk menghormati tapak tersebut.

Keluarga mangsa berasa lega dalam masa yang sama sedih dengan penemuan ini. Perasaan mereka bercampur baur ada yang terkejut, tidak percaya, atas penemuan ini. Apa yang akan berlaku kepada pesawat yang tenggelam masih tidak pasti kerana pengeluaran pesawat itu memerlukan masa, kesabaran, dan kos yang tinggi. Keluarga mangsa merancang untuk menunggu dan melihat langkah seterusnya.

Penemuan ini bukan sahaja mengakhiri misteri selama 50 tahun, tetapi juga membawa kelegaan kepada keluarga yang telah lama menunggu jawapan. Semoga penemuan ini memberi ketenangan kepada semua yang terlibat.-sumber




Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post