Basikal Tertinggi Di Dunia Yang Boleh Ditunggang Wow

Dua peminat basikal dari Perancis, Nicolas Barrioz dan David Peyrou, baru-baru ini mencatat rekod baharu Guinness World Record untuk 'Basikal Tertinggi Di Dunia Yang Boleh Ditunggang' dengan membina sebuah basikal setinggi 7.77 meter (25 kaki 5 inci) yang boleh ditunggang.

Idea untuk membina basikal tertinggi di dunia ini tercetus pada lima tahun lalu semasa mereka sedang minum di sebuah pub, tetapi mereka hanya memutuskan untuk meneruskan projek ini beberapa bulan yang lalu. Dibuat daripada aloi logam, keluli, dan kayu, basikal unik ini mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan agar boleh ditunggang, walaupun untuk jarak pendek. Membina basikal setinggi 25 kaki yang boleh ditunggang bukanlah semudah menunggang basikal biasa. Sebagai contoh, pedalnya disambungkan kepada roda melalui rantai sepanjang 16 meter (53 kaki), dan kerana ketinggiannya yang melampau, basikal ini perlu bergerak pada kelajuan sekitar 15-20 km/j (9-12 mph) untuk penunggangnya dan mengekalkan keseimbangan.

Basikal boleh tunggang tertinggi di dunia ini mempunyai pelana, dua roda bersaiz standard, dan handlebar lengkap dengan dua tuas brek, hanya jarak antara roda dan pelana adalah sekitar tujuh meter. Rangka besar antara pelana dan roda kebanyakannya dibuat daripada kayu perabot terbuang, kerana mereka percaya bahawa bahan tersebut akan menggantikan aloi dalam beberapa dekad akan datang disebabkan oleh kekurangan mineral.

“Kayu adalah bahan yang menarik dari perspektif ekologi,” kata Nicolas. “Pada pendapat saya, ia akan menggantikan aloi dalam pembinaan rangka basikal dalam beberapa dekad akan datang kerana kekurangan mineral.”

David dan Nicolas memutuskan untuk memperkenalkannya basikal tertinggi di dunia ini di bandar Clermont-Ferrand, semasa festival basikal tahunan. Untuk membuktikan bahawa basikal ini berfungsi, salah seorang daripada mereka perlu menunggangnya tanpa bantuan sejauh 100 meter, yang terbukti agak sukar untuk melakukkannya. David menjadi penunggangnya, dan dia memakai abah-abah yang disambungkan kepada wayar zip untuk keselamatan.

*Abah-abah adalah alat perlindungan peribadi yang membolehkan pemakai untuk tergantung di udara tanpa jatuh ke tanah kerana terikat ketat dengan tali keselamatan.

Mencapai kelajuan yang diperlukan untuk mengekalkan keseimbangan basikal adalah bahagian yang paling mencabar dan video ini menunjukkan betapa tidak stabilnya handlebar di tangan David semasa dia cuba memastikan basikal setinggi 7.7 meter itu tidak terjatuh. Nasib baik, setelah dia mencapai sedikit kelajuan, perjalanan menjadi lebih lancar, dan mereka berjaya memecahkan rekod lama untuk basikal boleh tunggang tertinggi dengan kelebihan 36 sentimeter.

sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post