Bahaya Penggunaan Pencuci Mulut Beralkohol : Risiko Kanser dan Jangkitan

Penggunaan pencuci mulut beralkohol setiap hari kini mendapat perhatian ramai selepas kajian terbaru menunjukkan risiko yang mungkin tersembunyi di sebalik produk ini. Pakar dari Institut Perubatan Tropika di Antwerp, Belgium, mendapati bahawa penggunaan harian Listerine Cool Mint boleh meningkatkan risiko kanser esofagus dan kolorektal.

Kajian yang diterbitkan ini mendapati dua spesies bakteria berbahaya, Fusobacterium nucleatum dan Streptococcus anginosus, yang dikaitkan dengan kanser, lebih banyak terdapat di dalam mulut selepas tiga bulan penggunaan harian pencuci mulut ini. Bakteria-bakteria ini berpotensi meningkatkan risiko kanser dan pelbagai jangkitan pada mulut.

Profesor Chris Kenyon, saintis yang mengetuai kajian ini, menyatakan bahawa alkohol dalam pencuci mulut mungkin menyebabkan peningkatan jumlah bakteria berbahaya. Beliau menasihatkan kebanyakan orang agar tidak menggunakan pencuci mulut beralkohol secara harian. Jika perlu digunakan, pilihlah pencuci mulut tanpa alkohol dan hadkan penggunaannya kepada beberapa hari sahaja.

Kajian ini melibatkan 59 peserta yang menggunakan Listerine setiap hari selama tiga bulan, diikuti tiga bulan menggunakan pencuci mulut placebo. Walaupun kajian ini hanya menggunakan Listerine, Profesor Kenyon percaya bahawa keputusan yang sama mungkin ditemui dengan penggunaan pencuci mulut beralkohol yang lain.

Jurucakap syarikat Kenvue, pemilik jenama Listerine, menyatakan bahawa mereka menyambut baik kemajuan dan pertukaran saintifik untuk mempromosikan kesihatan harian. Ingat kita berhati-hati dalam penggunaan produk kesihatan harian kita. Selalu rujuk kepada pakar kesihatan sebelum membuat keputusan yang boleh menjejaskan kesihatan jangka panjang kita.

sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post