Seorang lelaki di UK sedang mengambil tindakan undang-undang terhadap syarikat teknologi Apple, menuntut pampasan sebanyak $6.3 juta (RM29 Juta). Lelaki ini, yang dikenali sebagai Richard (bukan nama sebenar), menuduh Apple mendedahkan mesej peribadinya dengan wanita lain kepada isterinya melalui iPhone dengan iMac yang dimiliki keluarga mereka.
Richard, yang telah menggunakan perkhidmatan s.x.. dan menghantar mesej melalui iPhone peribadinya, mendakwa bahawa dia tidak tahu mesej tersebut akan dikongsi di pelbagai peranti apabila log in ke akaun yang sama. Isterinya, yang log in ke akaun keluarga di iMac, menemui mesej-mesej tersebut dan akhirnya menceraikan Richard.Richard berpendapat bahawa Apple harus bertanggungjawab kerana tidak memberi amaran yang jelas tentang perkongsian mesej antara peranti. Menurutnya, jika dia tahu mesej yang dihapus di iPhone masih boleh diakses di peranti lain, dia mungkin akan mengambil langkah berjaga-jaga yang berbeza.
Richard kini mendapatkan bantuan daripada firma guaman London, Rosenblatt, dan merancang untuk memulakan tuntutan mahkamah. Dia mengajak pengguna Apple lain yang mengalami situasi serupa untuk bersuara dan menyertai tuntutan tersebut.
Simon Walton dari Rosenblatt menyatakan bahawa iPhone sering memberitahu pengguna bahawa mesej telah dihapus, tetapi mesej tersebut masih ada di peranti lain yang dipautkan, yang dianggap mengelirukan. Walton menuduh Apple sama ada tidak peduli atau berharap isu ini akan hilang dengan sendirinya.
Richard mendakwa bahawa pendedahan mesej-mesej tersebut oleh Apple menghancurkan perkahwinannya yang telah dibini selama 20 tahun. Dia percaya bahawa perkahwinannya mungkin dapat diselamatkan jika pendedahan itu tidak berlaku secara.