10 Gambar Seni Visual Yang WOW Dari Jyo John Mulloor



Jyo John Mulloor telah lama berkecimpung dalam dunia seni digital dan pengarah seni, dengan pengalaman lebih daripada 13 tahun. Beliau terkenal dengan kebolehan menghasilkan visual yang ringkas tetapi mempunyai impak yang mendalam. Visual yang dihasilkan oleh beliau sering diibaratkan lebih bernilai daripada seribu perkataan.

Jyo juga telah menghabiskan 16 tahun dengan mengasah kemahirannya sebagai seorang Artis Grafik dan Retoucher untuk pelbagai jenama terkenal di peringkat global dan serantau. Antara jenama yang pernah bekerjasama dengan beliau termasuk Samsung, du, Masafi, Red Bull, Ikea, Renault, Hyundai, Nissan, Haagen-Dazs, Gucci, Tropicana, dan Shoe Mart. Karya-karya beliau telah mendapat pengiktirafan dari segi kualiti dan impak visualnya.


Beliau juga berpengalaman dalam menguruskan pelbagai projek dengan jadual yang padat. Kebolehan beliau dalam mengurus dan melaksanakan projek secara efisien menjadikan beliau seorang profesional yang sangat dihormati dalam industri ini.


Pengalaman Kerja

1. Senior designer ,Photocreations Media — United Arab Emirates, senior designer

2. Icon Advertising & Design — Dubai, United Arab Emirates

3. Visual artist ,Cheil Worldwide — Dubai, United Arab Emirates

Jyo John Mulloor adalah seorang artis digital dan pengarah seni yang sangat berbakat dan berpengalaman. Dengan kemahiran dan dedikasi yang tinggi, beliau telah berjaya mencipta visual yang luar biasa dan memberikan impak yang besar dalam industri seni digital. Di bawah ini adalah hasil karya Jyo John Mullor, sekirannya anda berminat dan ingin mengetahui perkembangan karya Jyo John Mulloor, ikut perkembangan beliau Klik Sini














Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post