Wanita Tinggal Di Atas Bumbung Selama Setahun Tanpa Sesiapa Menyedari




Satu kejadian yang mengejutkan dan memilukan telah berlaku di sebuah supermarket di Michigan, Amerika Syarikat. Seorang wanita yang tidak mempunyai tempat tinggal ditemui tinggal di atas  supermarket Family Fare di Midland. Kejadian ini telah menarik perhatian ramai dan menimbulkan pelbagai reaksi dari masyarakat.


Wanita berusia 34 tahun itu ditemui tinggal di atas bumbung oleh kontraktor yang sedang bekerja di supermarket tersebut. Mereka terkejut apabila menemui wanita tersebut telah tinggal dengan selesa, lengkap dengan barang-barang rumah seperti komputer, tempat tidur dan pembuat kopi. Mengetahui wanita ini telah tinggal di situ selama hampir setahun tanpa disedari oleh sesiapa, termasuk pekerja di supermarket, membuatkan orang ramai merasa simpati atas apa yang dihadapi oleh wanita tersebut.




Menurut Polis di Midland, wanita tersebut memberitahu mereka bahawa dia mempunyai pekerjaan tetapi tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Wanita ini dikenali sebagai “Roof Ninja” (Ninja Atap) oleh polis kerana kebolehannya masuk dan keluar tanpa dilihat oleh sesiapa.


Walaupun ditawarkan bantuan untuk mendapatkan tempat tinggal yang lebih selesa, wanita tersebut menolaknya. Mungkin wanita ini sudah merasa selesa tinggal di atas bumbung supermarket, polis mendapati wanita ini tinggal lengkap dengan peralatan rumah seperti meja, komputer, printer, tempat tidur, pakaian, dan banyak lagi.


Kejadian ini sekali lagi menimbulkan masalah "tunawisma" (golongan yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap) yang semakin meningkat di Amerika Syarikat, termasuk di Michigan. Masalah ini memerlukan tindakan yang lebih berkesan bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan dan bantuan.


sumber



Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post