Setiap negara di seluruh dunia inginkan keamanan terutama dari segi keselamatan dan kestabilan. Keamanan adalah asas kepada kemajuan ekonomi, pembangunan sosial, dan kesejahteraan masyarakat.
Negara paling aman di dunia menjadi tumpuan utama bagi penduduk tempatan dan juga pelancong. Keamanan tidak hanya merujuk kepada kekurangan jenayah tetapi juga kepada stabiliti politik, kesejahteraan sosial, dan keselamatan fizikal. Di bawah ini oohsenyum senaraikan 10 Negara Paling Aman Di Dunia, negara Malaysia? pun ada tersenarai....jom baca sepenuhnya, jangan lupa share.....
1. Iceland: Negara Paling Aman Di Dunia
Iceland terkenal sebagai negara yang paling aman di dunia. Penduduk di sana boleh tidur dengan aman pada waktu malam kerana negara ini mempunyai kadar jenayah yang sangat-sangat rendah. Negara ini tidak mempunyai tentera tetap dan jumlah penduduknya juga kecil. Selain itu, sistem pendidikan dan kesejahteraan di Iceland juga sangat baik.
Namun begitu, pada tahun lalu, polis ReykjavÃk telah menangkap empat orang yang disyaki terlibat dalam persediaan untuk serangan pengganas. Ini merupakan tahun pertama di mana negara ini mencatatkan aktiviti pengganasan. Akibatnya, Iceland mengalami penurunan sebanyak 4% dalam skor keseluruhan.
Walaupun Iceland adalah negara yang sangat damai, tetapi ia tidak terlepas dari ancaman keselamatan seperti aktiviti pengganasan. Oleh itu, negara ini masih perlu berwaspada dan mempertahankan keamanannya.
2. Ireland : Negara Paling Aman Di Dunia
Ireland merupakan salah satu negara yang kaya budaya dan pembangunannya. Negara ini juga dikenali sebagai salah satu negara yang paling aman di dunia. Pada dua tahun lalu, Ireland menduduki tempat kedelapan dalam Global Peace Report, dan tahun lepas, negara ini muncul di tempat ketiga dalam Peace Index. Prestasi ini menunjukkan peningkatan yang signifikan bagi Ireland.
Walaupun Ireland mempunyai sejarah hubungan yang tegang dengan United Kingdom, kini ia menjadi salah satu negara yang paling selamat di dunia. Hal ini disebabkan oleh status kemerdekaan dan ketenteraan negara yang neutral. Namun demikian, Ireland masih menghadapi beberapa ketegangan politik dan sosial, terutama semasa wabak pandemik, di mana terdapat demonstrasi anti-lockdown yang berlaku.
Menariknya, Ireland menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam aspek ekonomi akibat peperangan(global). Kos ekonomi yang ditanggung oleh negara ini hanya 3% dari KDN, berbanding dengan purata global sebanyak 12.9%. Ini menjadikan Ireland antara negara yang terbaik dalam menangani kesan ekonomi tersebut.
3. Austria : Negara Paling Aman Di Dunia
Austria, sebuah negara kecil dengan populasi kira-kira 9 juta orang, telah mengalami perubahan penting sejak berakhirnya Perang Dingin.
Walaupun Austria berjaya dalam pelbagai aspek kesejahteraan seperti pendapatan, pekerjaan, dan perumahan, tetapi ketegangan sosial semakin meningkat dalam beberapa tahun ini. Ini disebabkan oleh kempen anti-pendatang dari parti kanan iaitu Freedom Party (FPÖ).
Serangan dai ISIS pada November 2020 di pusat bandar Vienna telah menyebabkan kerajaan Austria melancarkan langkah anti-teror yang meluas. Tindakan ini termasuk kebolehan untuk menahan individu yang disabitkan kes seumur hidup dan pengawasan elektronik bagi mereka yang dilepaskan. Tambahan pula, Austria mengalami penurunan ketenteraman terbesar di Eropah disebabkan oleh impak keganasan yang semakin teruk.
4.New Zealand : Negara Paling Aman Di Dunia
New Zealand, sebuah negara kecil dengan populasi kira-kira 5 juta orang sahaja, negara inin telah menarik perhatian dunia sebagai negara paling aman di dunia. Namun begitu, seperti kebanyakan negara, ia juga menghadapi cabaran tertentu yang perlu diatasi bagi memastikan kesejahteraan rakyatnya berkekalan.
New Zealand sebelum ini mengekalkan kedudukan kedua dalam Global Peace Index sejak tahun 2017. Walau bagaimanapun, dalam edisi terkini, negara ini telah turun tempat ke-2. Penurunan ini disebabkan oleh peningkatan dalam import dan eksport senjata, serta usaha untuk meningkatkan ketenteraan.
New Zealand juga menjadi negara contoh yang berkualiti terutamanya dalam bidang kesihatan dan pendidikan. Namun begitu, New Zealand juga tidak terlepas daripada cabaran. Salah satunya ialah masalah kekurangan rumah yang mampu milik. Masalah ini semakin meningkat, menjadikannya sukar bagi golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri. Selain itu, jurang pendapatan antara kaya dan miskin juga merupakan isu utama negara ini.
Pada tahun 2008, Singapura berada di tempat ke-22 dalam ranking negara paling aman di dunia. Dan kali ini negara Singapura telah telah mengubah kedudukannya dan melonjak naik. Persoalannya mengapa Singapura boleh melonjak naik? Salah satu faktor utama adalah kerana Singapura mendapat markah yang tinggi dalam sektor keselamatan dan kurangnya konflik domestik dalam negara tersebut.
Walaupun begitu, tahap ketenteraan Singapura adalah satu faktor yang mengekangnya daripada mencapai ranking tertinggi. Mengapa? Ini disebabkan oleh kebergantungan Singapura kepada perdagangan laut. Oleh itu, memiliki keteteraan terutamanya Marin yang mencukupi adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan lalu lintas kapal melalui Selat Melaka, yang merupakan laluan penting antara Lautan Hindi dan Lautan Pasifik, berjalan lancar.
6. Switzerland : Negara Paling Aman Di Dunia
Switzerland menunjukkan bahawa negara ini kembali ke dalam kedudukan 10 teratas dalam ranking negara paling aman di dunia. Switzerland dikenali sebagai tempat yang sangat selamat dan stabil dalam masyarakat, dengan tahap ketidakstabilan politik domestik yang rendah serta konflik antarabangsa yang minima.
Walaubagaimanapun, tahap ketenteraan yang sangat rendah (jumlah anggota tentera aktif dan tenteran simpanan seramai 150,000 daripada penduduk seramai 8.7 juta orang) menghalang negara ini daripada mencapai ranking teratas.
Selain itu, terdapat ruang untuk meningkatkan kesaksamaan gender kerana negara tersebut terutamanya kaum wanita mendapat bayaran satu per lima kurang daripada lelaki, yang lebih buruk daripada pada tahun 2000. Walaupun begitu, Switzerland menduduki tempat keempat dalam Laporan Kebahagiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, dan juga menduduki tempat yang tinggi dalam negara-negara OECD dalam hal kesejahteraan pendapatan, kesihatan, pendidikan, dan kualiti alam sekitar.
7. Portugal : Negara Paling Aman Di Dunia
Portugal dengan populasi penduduknya kira-kira 10 juta orang telah menaikkan tempatnya dalam kedudukan negara paling aman di dunia, dari tempat ke-18 pada tahun 2014 ke tempat 10 teratas, negara paling aman di dunia.
Portugal mendahului negara-negara maju dalam hal perumahan, keseimbangan antara kerja dan keselamatan peribadi, serta kualiti alam sekitar. Negara ini juga disenaraikan sebagai salah satu destinasi terbaik untuk ekspatriat kerana kualiti hidup yang baik.
Yang lebih menariknya, anda tidak perlu mengeluarkan banyak wang untuk menikmati gaya hidup negara Portugal, kerana negara ini masih dianggap sebagai salah satu destinasi yang paling berpatutan di benua Eropah.
*Ekspatriat Definisi : (ékspatriat) (orang) yg tinggal di negara asing: pegawai ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
8. Denmark : Negara Paling Aman Di Dunia
Denmark, sebuah negara kecil dengan penduduk kurang daripada 6 juta orang, telah mengekalkan kedudukannya sebagai salah satu negara paling aman di dunia sejak tahun 2008. Negara ini terkenal dengan kestabilan politiknya, kebebasan media, dan penghormatan hak asasi manusia.
Bagaimanapun, untuk menjaga kestabilan dan keamanan ini, kerajaan negara Denmark telah menghabiskan jumlah wang yang besar, terutamanya dalam bidang pertahanan. Pada tahun 2018, mereka mencapai perjanjian politik yang penting untuk meningkatkan belanjawan pertahanan mereka sebanyak 20%. Ini adalah tindak balas terhadap ancaman ketenteraan yang semakin meningkat dari Rusia di Timur dan Utara Eropah.
9. Slovenia : Negara Paling Aman Di Dunia
Republik Slovenia atau dalam bahasa tempatan, Slovenija, ialah sebuah negara yang terletak di Eropah Tengah dan bersempadankan Itali di barat, Laut Adriatik di barat daya, Crotia di selatan dan timur, Hungary di timur laut dan Austria di utara.
Negara Slovenia merupakan satu-satunya negara dari Eropah Tengah yang menduduki tempat dalam 10 teratas, menjadikannya negara paling anab di dunia terutamanya di rantau Eropah Tengah dan Timur. Sebagai penanda aras dalam laporan keamanan dunia, Slovenia merupakan negara Eropah yang mempunyai prestasi terbaik.
Bersama-sama dengan negara lain, Hungary dan Croatia juga menduduki tempat dalam 20 teratas negara paling aman di dunia, manakala Poland dan Bulgaria dalam kedudukan 30 teratas. Daripada 36 negara yang dinilai di Eropah, hanya 13 mengalami peningkatan keamanan dan 23 yang lain mengalami penurunan. Negara-negara Eropah yang lain hanya berada di bawah separuh teratas kedudukkannya iaitu Türkiye (di tempat 147) dan Ukraine (di tempat 157).
10. Malaysia : Negara Paling Aman Di Dunia
Malaysia telah diiktiraf sebagai negara ke-10 paling aman di dunia, menurut Indeks Keamanan Global terbaru. Kedudukan ini menunjukkan pencapaian besar bagi negara yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik. Keamanan yang dinikmati oleh rakyat Malaysia adalah hasil daripada usaha berterusan kerajaan dalam memastikan keselamatan dan kestabilan politik yang kukuh.
Di sini senarai negara paling aman di dunia dari kedudukan 11 hingga 20.
11 Canada
12 Czech Republic
13 Finland
14 Hungary
15 Croatia
16 Belgium
17 Japan
18 Netherlands
19 Australia
20 Germany