Negara China Ada Piramidkah?

 



Adakah anda tahu bahawa China juga mempunyai piramid? Ya, benar! Di Wilayah Guizhou, terdapat bukit yang dikenali sebagai Piramid Anlong. Bentuknya menyerupai piramid Mesir telah menarik perhatian ramai dan menjadikan daerah ini destinasi pelancongan yang semakin popular hingga kini.

Sejak gambar dan video Piramid Anlong mula tersebar pada tahun 2018, pelbagai teori tentang asal usulnya bukit ini. Ada yang percaya bahawa piramid Anlong dibina oleh tamadun purba atau yang paling hebat oleh makhluk asing! Walau bagaimanapun, pakar geologi, seperti Profesor Zhou Qiuwen dari Universiti Normal Guizhou, menyatakan bahawa piramid ini adalah formasi semula jadi.


Proses Pembentukan yang Menakjubkan

Menurut Profesor Zhou, Piramid Anlong terbentuk sekitar 200 juta tahun lalu ketika kawasan itu masih laut cetek. Mineral dalam air laut mula larut dan menghablurkan semula sebagai dolomit, bahan utama piramid hari ini. Perubahan iklim dan faktor geologi lain menyebabkan lapisan batuan tersusun dengan kemas, sementara hakisan air membentuk struktur seperti bongkah.

Bagaimana bukit ini boleh berbentuk priamid? Hakisan menegak oleh air menyebabkan lapisan atas batu terhakis lebih cepat berbanding lapisan bawah, menghasilkan bentuk seperti piramid dengan puncak tajam dan tapak yang luas. Fenomena ini memberikan ilusi seolah-olah ia adalah hasil buatan manusia.

Walaupun penjelasan saintifik telah diberikan, spekulasi tentang asal usul Piramid Anlong tetap berlanjutan. Ada yang mendakwa ia adalah makam purba atau prototaip piramid sebenar. Struktur semula jadi seperti ini memang sering menarik perhatian dan mencetuskan pelbagai teori konspirasi, sama seperti gunung berbentuk piramid di Antartika.

Piramid Anlong di Guizhou adalah contoh menakjubkan bagaimana alam semula jadi boleh mencipta formasi yang memukau. Walaupun terdapat banyak teori menarik tentang asal usulnya, penjelasan saintifik menunjukkan ia terbentuk melalui proses geologi yang kompleks. 

Keunikan ini menjadikan Piramid Anlong bukan sahaja satu tarikan pelancongan, tetapi juga satu misteri alam yang terus memikat imaginasi manusia. Jadi, jika anda berpeluang melawat China, jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri keajaiban semula jadi ini di Guizhou. Siapa tahu, mungkin anda akan terinspirasi oleh keindahan dan misteri Piramid Anlong!



sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post