Dron Paling Laju Di Dunia




Bayangkan sebuah dron yang mampu terbang lebih laju daripada kereta lumba F1! Inilah pencapaian hebat yang telah dicapai oleh Luke Maximo Bell dengan dron FPV (First Person View) terbaru mereka. Dron ini bukan sahaja menakjubkan dari segi kelajuan, tetapi juga membuka pelbagai kemungkinan baru dalam dunia sukan, penggambaran, dan teknologi. 




Sebelum ini, pada beberapa bulan yang lepas, Dutch Drone Gods (DDG) dengan kerjasama Red Bull memperkenalkan dron paling laju di dunia yang mencapai kelajuan 350km/j. Dron dari pasukan pasukan Red Bull dengan dron FPV (First Person View)  ini ditanding dengan Kereta F1 yang pemandunya ialah Max Verstappen di litar Silverstone. Namun, rekod ini telah dicabar oleh YouTuber, Luke Maximo Bell.




Luke Maximo Bell berjaya menghasilkan dron yang dicetak 3D dan hampir 50% lebih laju daripada dron DDG, mencapai kelajuannya 500km/j (310mph). Rekod baru ini diiktiraf oleh Guinness Book of World Records. Bell merakam keseluruhan proses dari prototaip hingga pembinaan, dan rakaman FPV (First Person View) dron yang paling laju di dunia. Dengan menggunakan pencetak BambuLabs, Bell berjaya mengatasi dron gentian karbon yang dibina oleh pasukan elit Red Bull Racing.




Reka bentuk Bell adalah versi baru daripada dron lamanya, Peregreen, yang mampu mencapai kelajuan 400km/j. Dron ini mempunyai reka bentuk seperti peluru dengan kipas di bahagian bawah, membolehkannya berlepas dan mendarat secara menegak serta meluncur ke hadapan.




Kejayaan Peregreen 2 terletak pada reka bentuk yang teliti dan penggunaan bahan berkualiti tinggi. Rangkanya dibina daripada gentian karbon yang kuat dan mudah didapati. Rangka tersebut dipotong dengan mesin CNC di Flying Robot, Cape Town. Walaupun terdapat masalah pada awalnya dengan dimensi lubang pelekap, namun di akhirnya produk ini berjaya dihasilkan dengan rangka yang mampu terbang dengan kelajuan yang tinggi.




Berdasarkan data dari Peregreen asal, Bell dan bapanya memilih motor, kipas, dan bateri yang lebih besar. Ini membawa cabaran/masalah baru seperti bateri yang terlalu panas hingga 130°C dan wayar motor yang terlalu panas menyebabkan ianya terbakar semasa ujian. Selepas banyak ujian dilakukan dan penyesuaian, mereka beralih kepada wayar yang lebih tebal dan bateri baru yang mengekalkan suhu yang lebih stabil di bawah 80°C. Perubahan ini penting untuk memastikan dron dapat beroperasi pada kelajuan tinggi tanpa risiko terlalu panas atau kegagalan pada komponen.




Dengan usaha gigih dan inovasi, Luke Maximo Bell berjaya mencipta dron paling laju di dunia, mengatasi pasukan profesional dan mencipta sejarah baru dalam dunia dron. Walaupun kita telah mencipta dron paling laju di dunia, ia juga akan membawa risiko tersendiri. 


Contohnya, dron yang terbang lebih dari 350km/j dengan kebolehan untuk peninjauan, pengawasan, atau penghantaran muatan senjata. Ini akan menjadikannya sukar untuk dihentikan jika digunakan untuk tujuan jahat. Oleh yang demikian, walaupun teknologi ini bermanfaat dalam dunia sukan dan hiburan, ia juga perlu dikawal dengan baik untuk mengelakkan penyalahgunaan.-sumber


Di bawah ini video Luke Maximo Bell dengan ayahnya mencipta dron paling laju di dunia dengan video Dutch Drone Gods (DDG) kerjasama Red Bull.




 

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post