Kesilapan Teknikal Pasangan Bercerai dalam Masa 21 Minit

 

sumber


Kejadian luar biasa ini telah berlaku di Sebuah Mahkamah Tinggi London, yang pasti akan membuat kita geleng kepala! Kisah perceraian yang menarik ini melibatkan sebuah pasangan yang tidak sengaja, bercerai oleh disebab satu kesilapan teknikal yang benar-benar tak disangka.


Pasangan ini dikenali sebagai Pasangan Williams dan mereka telah berkahwin selama 21 tahun. Firma guaman terkemuka, Vardags, yang dipimpin oleh Ayesha Vardag, seorang peguam perceraian yang terkenal. Beliau telah membuat kesilapan, sepatutnya peguam iin memohon perceraian untuk pasangan lain, tetapi kesilapan komputer yang tak disengajakan dengan satu klik saja menyebabkan peguam ini memohon perceraian untuk Pasangan Williams.


Sumber


Keputusan untuk permohonan perceraian itu diambil dengan begitu pantas, hanya dalam masa 21 minit sahaja! Sungguh luar biasa bukan? Namun, yang lebih mengejutkan lagi, hakim mahkamah menolak permohonan untuk membatalkan perceraian tersebut.


sumber


Mengapa begitu? ini kerana Hakim tersebut berpegang teguh pada prinsip mentaati undang-undang dan memutuskan untuk mengekalkan status yang telah ditetapkan. Ini bermakna Pasangan Williams, walaupun perceraian itu tidak diingini, harus menerima hakikat yang mereka sudah bercerai.


Jadi, apa pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah ini? Kita perlu lebih berhati-hati dengan teknologi, kerana satu kesilapan kecil boleh membawa kepada kesan yang besar dalam kehidupan kita. Siapa sangka, satu klik yang salah boleh menyebabkan satu peristiwa yang pahit dan membingungkan di mahkamah!



sumber


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post