Siapa yang tidak teruja dengan keunikan dan kehebatan kereta paling mahal di dunia? Ia bukan sahaja merupakan alat pengangkutan, tetapi ia juga menunjukkan reka bentuk seni dan kemewahan seseorang. Dari teknologi canggih hingga reka bentuk yang menakjubkan, kereta paling mahal di dunia ini membuatnya tak tertandingi dengan kereta lain.
Dengan harga yang boleh membuatkan kita "telan liur", ia pastinya menarik minat orang ramai. Di sini Oohsenyum senarikan kereta paling mahal di dunia bagi tahun 2024, jangan lupa share ok.
1. Rose Noire Droptail - AED 117.7 Juta ($32 Juta atau RM152 Juta)
La Rose Noire Droptail adalah sebuah kenderaan eksklusif yang melambangkan kemewahan dan keseniaan. Ia merupakan hasil daripada Coachbuild Rolls Royce dan hanya terdapat empat unit sahaja di pasaran dunia. Setiap kereta Droptail ada keunikannya sendiri dan mengambil masa lebih empat tahun untuk disiapkan.
Rekaan dalaman dan luaran kenderaan ini memaparkan kemewahan dan tarikan yang luar biasa. Motif parquet pada panel melengkung dan pintu adalah yang paling sukar dilakukan oleh Rolls Royce. Terdapat 1603 kepingan veneer sycamore hitam yang dipadankan dengan segmen merah.
Warna luaran 'True Love' yang dibuat khas direka untuk meniru perubahan warna dalam keadaan cahaya ketika itu. Proses mencapai warna ini melibatkan lebih daripada 150 percubaan. Tambahan pula, setiap unit dilengkapi dengan jam tangan Audemars Piguet yang boleh dikeluarkan, menunjukkan komitmen terhadap kemewahan dan perincian yang teliti dalam setiap aspek La Rose Noire Droptail.
2. Rolls Royce Boatail - AED 103 Juta ($28 Juta atau RM133 Juta)
Kereta kedua paling mahal di dunia ini bukan sekadar kenderaan, tetapi lebih kepada sebuah karya seni. Dirancang khas hasil gabungan teknologi moden dan kemahiran tangan yang luar biasa.
Dengan enjin AMG 12-silinder yang kuat, Zonda HP Barchetta menawarkan kuasa yang mengagumkan dengan bunyi enjin yang menakjubkan. Ia hanya ada tiga unit saja yang dihasilkan.
Dengan transmisi manual 6-kelajuan, Zonda HP Barchetta menawarkan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan mengujakan. Ia adalah kereta yang unik dan pastinya diimpikan oleh peminat kereta di seluruh dunia.
Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : Kereta Termahal Di Dunia 2023 (17 Gambar)
3. Pagani Zonda HP Barchetta - AED 68 Million ($18.5 Million atau RM85 Juta)
Meskipun dilancarkan pada tahun 2017, Pagani Zonda HP Barchetta masih mengekalkan kedudukan sebagai salah satu kereta termahal di dunia. Ia dicipta sebagai hadiah ulang tahun ke-60 bagi pengasas Pagani Automobili, Horacio Pagani, menunjukkan bahawa ia lebih daripada sekadar kenderaan biasa.
Dalam siri Zonda, Zonda HP Barchetta mempunyai enjin AMG V12 yang kuat, membolehkannya mencapai kelajuan maksimum sehingga 355km/jam. Ia memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan.
Walaupun hanya tiga unit Zonda HP Barchetta yang dihasilkan, keunikan dan kehebatannya tetap menarik perhatian ramai. Dengan prestasinya yang menakjubkan dan keterhadan jumlahnya, Pagani Zonda HP Barchetta masih menjadi impian bagi peminat kereta di seluruh dunia.
4. Bugatti La Voiture Noire - AED 59 Million ($16 Million atau RM76 Juta)
La Voiture Noire muncul sebagai salah satu kereta termahal di dunia pada tahun 2024, menjadi ikon kemewahan yang tiada tandingan. Kereta supercar ini bukan sekadar kenderaan biasa. Ia adalah simbol status dan kejayaan, dihasilkan dengan teliti selama dua tahun dan melibatkan masa 65,000 jam untuk disiapkan. Setiap inci La Voiture Noire disempurnakan dengan teliti, menjadikannya berbeza daripada model lain dalam keluarga Bugatti.
Terinspirasi daripada kehebatan Bugatti Type 57 SC Atlantic, La Voiture Noire menampilkan enjin yang kuat dengan kuasa kuda 1,500. Dengan kelajuan tertinggi hingga boleh mencapai 420 km/jam.
La Voiture Noire bukan sekadar sebuah kereta, tetapi simbol kecemerlangan dan kemewahan sejati. Ia mewakili warisan yang mempesonakan dan menjadi dambaan setiap peminat kereta di seluruh dunia.
5. Rolls-Royce Sweptail – AED 47.2 Million ($12.8 Million atau RM57 Juta)
Inilah kereta coupe grand touring eksklusif, satu-satunya di dunia! Dicipta khas untuk pelanggan istimewa, ia menggabungkan reka bentuk klasik dengan kemewahan moden.
pada atap kereta ini terdapat kaca panjang yang dapat diihat dari dalam dan luar kereta, sementara bahan premium seperti Ebony dan kulit berkualiti tinggi menunjukkan kemewaahan kereta ini. Kereta ini pernah terpilih sebagai kereta termahal di dunia pada tahun 2017.
6. Bugatti Centodieci – AED 33 Million ($9 Million atau RM42 Juta)
Bugatti Centodieci adalah jenis hipercar yang terhad dan mengagumkan, diperkenalkan sebagai penghormatan kepada kereta Bugatti EB 110. Dengan hanya 10 unit dihasilkan, ia adalah barang limited Edition dan sangat diminati oleh peminat kereta. Reka bentuknya yang terinspirasi dari EB110, bersama dengan kehadiran elemen yang agresif di bahagian belakang, menjadikannya kereta yang menarik perhatian.
Selain daripada penampilannya yang menakjubkan, Centodieci juga menawarkan prestasi yang hebat dengan enjin W16 yang kuat. Sekarang, kereta ini diperdagangkan pada harga yang jauh melebihi nilai asalnya, menunjukkan popularitinya yang tinggi dalam pasaran kereta mewah.
7. Mercedes-Maybach Exelero – AED 29.5 Million ($8 Million atau RM38 Juta)