Kali ini oohsenyum nak kongsikan 7 pasar paling unik di dunia. Apa yang uniknya? Unik dari segi barang yang dijual, lokasi jualan, keadaan pasar tersebut. Manakala ada juga yang peliknya, iaitu ada benda (sesuatu) yang kita tidak terfikir pun benda (sesuatu) itu boleh di jual. mmm?
1. Pasar Labah-labah di Kemboja
2. Pasaran Kontena, Switzerland
Pasar yang unik dan pelik ini dikenali sebagai Freitag, di Switzerland. Dan dikendalikan oleh sebuah syarikat Freitag. Apa yang menariknya pasar ini adalah, bangunannya yang dibuat dari kontena, dan kontena ini didirikan setinggi 85 kaki.
Bukan saja dibina dengan bahan kitar semula tepai pasar ini juga menjual barang-barang produk kitar semula dan mesra alam seperti beg yang diperbuat daripada kain terpal, tali pinggang keledar dan banyak lagi.
Dibahagian atas pasar ini pula terdapat teleskop untuk memudahkan para pelancong, melihat pemandangan cantik dari pasar-raya ini.
Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : 11 Gambar Ketika Mereka Masih Muda
3. Pasar Fetish Akodessewa, Togo
Pasar Fetish Akodessewa ini terletak di daerah Lome, ibu kota Togo di Afrika Barat. Pasar ini menjual pelbagai barangan keperluan berkaitan ilmu sihir atau ilmu hitam. Malah, pasaran ini adalah pasaran "voodoo" terbesar di dunia. Apa itu "Voodoo" ? Voodoo ini adalah agama rasmi Benin. Voodoo bermaksud roh atau dewa 'dilahirkan di Afrika Barat.
Terdapat pelbagai barangan yang dijual di sini bermula dari kepala monyet, tengkorak, burung mxti, buaya, kulit dan haiwan mxti yang lain. Malah terdapat anak patung voodoo yang legenda di sini. Barangan yang dijual di sini , bukanlah bahan untuk dimasak atau pun dimakan.
Walau bagaimanapun, ia biasanya digunakan sebagai bahan mentah untuk ramuan perubatan tradisional. Ramuan yang diperbuat daripada bangkai haiwan ini diketahui sangat berkesan.
Paderi Voodoo di Lome juga menggunakannya sebagai ubat penyembuh bagi penduduk di sana. Walaupun ia kelihatan menakutkan, bagi orang Afrika sifat voodoo juga dipanggil azimat tuah yang boleh membawa kebaikan dan tuah kepada pengguna.
4. Pasar Gypsy, Bulgaria
Bagi orang bujang, ini lah pasar yang paling disukai. Pasar mencari jodoh, Pasar ini dikenali sebagai Gipsy Brides, yang terletak di bandar Stara Zagora, Bulgaria. Pasar ini menjual dan membeli wanita muda sebagai bakal menjadi isteri.
Pasar ini adalah pasar tradisi yang diamalkan beratus tahun dahulu hingga sekarang, ia dikenali sebagai Kalaidzhi. Pasar ini dibuka empat kali setahun pada hari perayaan keagamaan. Walaupun pasar inin dipanggil pasar jual beli wanita, jangan salah tafsir pula kerana wanita yang dijual itu adalah untuk di kahwin, bukannya jenis one-night stand.
Pasar ini dihadiri hampir ribuan orang yang terdiri daripada wanita dan lelaki. Setiap keluarga akan membawa anak perempuan mereka yang berumur 14 – 15 tahun ke atas ke pasar ini. Ini kerana mereka menanggap gadis dalam lingkungan 20-an terlalu tua dan mudah bercerai. Anak perempuan mereka ini akan berdandan secantik mungkin, untuk menarik pasangan mereka untuk menari.
Sekiranya pihak lelaki telah menemui wanita yang mereka sukai, maka wanita tersebut akan diajak untuk berkenalan. Keluarga kedua-dua pihak yang hadir juga akan mengiringi proses perkenalan ini sebagai satu bentuk pemilihan, jika dirasakan sesuai barulah rundingan akan diadakan.
5. Pasar La Paz, Bolivia
Pasar unik dan pelik ini adalah pasar sihir di Bolivia, Amerika Selatan. Pasar ini menjual bahan-bahan mentah untuk keperluan ahli silap mata, bomoh, doktor, pakar haiwan dan tukang tilik. Kebanyakan barangan yang dijual di pasar ini digunakan untuk upacara keagamaan.
Namun, daripada kesemua barangan yang dijual, barang yang paling laris dan sentiasa menjadi buruan pembeli adalah ramuan dari Brazil dan Peru yang dikatakan mampu menambah baik kehidupan intim.
6. Mercado de Sonora, Mexico
Ini adalah pasar tempat pertemuan ahli sihir di Mexico, pasar ini akan membuat pengunjung rasa gerun. Semua kedai di pasar ini menjual pelbagai jenis barang keperluan mistik. Selain itu, ramai bomoh dan para nujum turut mendirikan gerai dan menawarkan kemahiran mereka kepada pengunjung.
Pasar ini terletak di Avenida Fray Servando Teresa, Mexico. Pengunjung yang datang ke sini dapat merasai aura pasar yang cukup menakutkan. Namun begitu, terdapat juga jualan lain seperti anak patung mainan, baju, dan lain-lain. Tetapi kebanyakkan pasar Mercado de Sonora ini lebih berfokuskan jualan baran mistik.
7. Pasar Maeklong, Thailand
Kalau anda ingin bercuti di Thailand, jangan lupa untuk mengunjungi tempat unik ini iaitu Pasar Kereta Api Maeklong. Di pasar ini, peniaga membuka gerai di sebelah kanan dan kiri landasan kereta api. Apabila kereta api lalu, peniaga akan mengalihkan barang jualan mereka ke tepi, dan selepas kereta api lalu, mereka akan meletakan semula.
Selain itu, peniaga juga memberi amaran kepada pengunjung supaya menjauhi landasan kereta api apabila kereta api lalu. Peniaga di sini juga telah hafal jadual kereta api yang akan lalu. Pasar ini menjual pelbagai makanan laut, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan khas Thai.