Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023-WoW

 


Ini dia perkongsian ucapan selamat hari raya Aidilfitri 2023, maklumlah pada tahun 2023 kali ini hari raya aidilfitri lebih meriah, dah lama tak sambut hari raya bersama keluarga tersayang. Ingat lagi tak hari raya aidilfitri tahun lalu. Tiba-tiba hari raya......


Diharapkan hari raya aidilfitri 2023 kali ini tidaklah seperti tahun sebelumnya. Harap semuanya telah bersedia untuk meraikan hari raya aidilfitri 2023. Sambil menyambut hari raya aidilfitri, jangan lupa pula keluarga yang jauh, sahabat dan rakan terdekat tu kenalah beri ucapan sikit, ucapan selamat hari raya aidilfitri 2023.


Di bawah ini oohsenyum berikan beberapa ucapan selamat hari raya aidilfitri bagi tahun 2023, untuk memudahkan anda. Sekarang kan zaman teknologi, guna Whatsapp pun ok kan, harap dengan ucapan ini dapat mengeratkan silaturahim anda semua.


Sebelum tu, saya nak ambil kesempatan dari pihak Oohsenyum mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.




Ucapan Hari Raya Mengikut Sunnah Nabi Yang Sahih


"Taqobbalallahu minna wa minkum,"

semoga Allah menerima segala amalan baik daripada saya dan kamu semua.


Manakala jawabnya ialah


"Alaina wa alal jami," 

moga bermanafaat buat semua.


 "Apabila para sahabat Baginda Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada yang lain, Taqobbalallahu minna wa minkum." – HR Ahmad. (Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Jld. 5, m.s. 270-271).





Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023- Pantun


Biar hati sejernih air,

Jangan pula dipenuhi lumpur,

Kalau salah saya belum berakhir,

diharap diampun dengan rasa bersyukur.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin



Jika budi dipenuhi ikhlas,

Jangan ia disulam tuba,

Jika ada salah yg belum dibalas,

Harap diampun di hariraya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin



Biar amarah disunting senyum,

ibarat pekerti disulam kasih,

Diharap dihalal makan dan minum,

ibarat rezeki yang tidak disisih.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin



Kalau dilipek sebosar kuku

Kalau dibontang sebosar alam

Kok hilang dicaghi

Kok hanyut dipinteh

Kok tonggolam disolam

Datang biarla nampak muko

Kok poei biarla nampak belakang

Jauh diimbau, dokek digamit

Seuntai salam, sojambak kato

Dogup bicagho, meghisik raso

Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin



Ketupat pulut di atas para,

Hendak direbus di tepi perigi,

SMS dihantar pengganti kad raya,

Tanda ingatan tak luput di hati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mohon maaf Zahir & Batin



Masak lemang sambil berdiri,

Hendak makan di Aidilfitri,

Nak hantar kad raya posmen dah cuti,

SMS sahaja dapat ku beri,

Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi yang ada dihujung jari

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin



Anak Cina Sungguh lawa,

Jadi Pelukis di bawah pohon,

Andai kataku menusuk jiwa,

Jari disusun maaf ku pohon.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada

TERsalah,

TERsilap,

TERumpat ,

TERsengaja atau tidak,

Moga kita telah mendapat keampunan,rahmat di Ramadan lalu.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin



Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi

Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa

Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata

Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa

MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Moga silaturahim diberkati Allah SWT



Jambangan indah lagi berseri,

Menjadi hiasan di Aidilfitri,

Sms dikirim pengganti diri,

Tanda ingtan tak lupa dihati.

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin



Pelita diletak diatas para,

Hendak dinyalakan d tepi perigi,

SMS dhantar pengganti kad raya,

Tanda ingatan di Aidilfitri,

Salam tulus Ikhlas Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin


 

Ramadan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia, Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin



Tiba kita di musim perayaan

Ramai juga yang shopping sakan

Salam lebaran daku ucapkan

Di hari raya saling bermaafan

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin



Kian Berlabuh Tirai Ramadan

Lambaian Syawal Kian Dinanti

Luhur Hati Ikhlas Kemaafan

Semoga Kesalahan Dimaafi



 Satu Syawal menjelang tiba,

Takbir bergema mengegarkan jiwa,

Sekiranya ada salah dan dosa,

Ampun dipinta dihari mulia.

Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.



Sepuluh jari tersusun rapi,

Bunga melati pengharum hati,

SMS dikirim pengganti diri,

Memohon maaf setulus hati,

Mohon Maaf Zahir Dan Batin.


Gemersik takbir mengundang hiba,

Salam diutus tanda ingatan,

Syawal dinanti menjelang tiba,

Salam diutus pohon kemaafan.

Maaf zahir dan batin.



Cahaya ramadan berlalu pergi,

Menyambut tibanya Aidilfitri,

Ampun maaf segala peri,

Semoga ikatan kekal dihati.

Selamat Hari Raya Maaf zahir batin.



Jika jiwa sebening air,

maka jangan keruhkan.

Jika hati seputih awan,

jangan mendungkan.

Raih kemenangan dengan saling bermaafan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Ramadan bakal beransur pergi,

Syawal menjelma di aidilfitri,

Seikhlas hati menyusun jari,

memohon dimaaf kekhilafan diri,

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin



Jambangan indah lagi berseri,

Menjadi hiasan di aidil fitri,

Mesej Dikirim pengganti diri,

Tanda ingatan tak lupa dihati



Ada mata pandanglah keindahan,

Ada mulut berbudilah pertuturan,

Ada hati berilah kesayangan,

Ada salah dan silap sudilah maafkan.



Katak kenyang lalu tertidur,

Gajah pitam lantas terjatuh,

Andai tak sampai tangan menghulur,

Ku pohon keampunan dari jauh.



Main mercun dimalam hari

Main bersama anak Pak Ali

Hari raya meriah sekali

Disambut sanak dan juga saudari (Nama)

Selamat Hari Raya Aidilfitri





Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023- Ucapan






Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.


Ramadhan telah kita tinggalkan, kini menjelma Syawal yang mulia. Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


Salam Aidilfitri. Semoga kita termasuk orang-orang yang sentiasa bersyukur dan diterima amalan kita sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.


Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita. Namun lambaian Syawal pula menanti di sana. Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni.


Ketika tangan tak mampu berjabat,
Kaki tak dapat melangkah,
Hanya hati yang mampu berbisik,
Mohon maaf atas segala kesalahan.


Jika jiwa sebening air, maka jangan keruhkan, jika hati seputih awan, jangan mendungkan. Raih kemenangan dengan kita saling bermaafan. Selamat Hari Raya Aidilfitri.


Walaupun jauh beribu batu,
Tapi ingatan tetap selalu,
Kukirim ucapan pengganti diriku,
Agar Aidilfitri indah buatmu.


Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata. Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa. Mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan. Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.


1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. Selamat hari raya bang super duperrr senior... Saya pun baru habis course Social Work di ums👍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post