Cicak Apa Paling Bahaya

 

Cicak apa paling bahaya? ada tak cicak paling berbahaya? sebenarnya ada, tapi tidak begitu banyak. Cicak ini merupakan sejenis reptilia dalam keluarga Gekkonidae, dan terdapat 187 spesies cicak yang diketahu yang berada di kawasan tropika dunia. 



Jadi cicak apa yang paling berbahaya? kalau korang nak tahu, cicak paling berbahaya adalah cicak yang dikenali sebagai (Heloderma Suspectum) atau Cicak Gila Monster. Cicak monster ini berbeza sedikit dengan cicak lain, ini kerana cicak monster mempunyai bisa. -sumber


Bisanya bukanlah seperti bisa ular, bisa cicak gila monster ini terhasil dari kelenjar air liurnya, dan kemudiannya dipindahkan kepada giginya apabila ia mengunyah.  Walau pun begitu bisa cicak gila monster ini hanya berkuantiti yang sedikit. Jadi bila cicak ini mengigit manusia, jarang yang boleh membawa maut. Tetapi gigitanya masih lagi menyakitkan, kesan gigitannya boleh mengakibatkan kesakitan yang kuat, edema, dan lemah akibat daripada penurunan tekanan darah.


Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : Anjing Yang Paling Garang Di Dunia (13 Gambar)



Tetapi jangan risau, gigitan cicak monster ini jarang berlaku kerana, ia merupakan haiwan yang jarang meninggalkan sarangnya. Namun begitu, sekirannya ia berlaku pastikan rawatan segera dibuat bagi mengelakkan bisa cicak monster ini masuk ke dalam darah .  


Klik Sini Untuk Baca Sepenuhnya : 5 Gambar Pulau Yang Sangat Berbahaya Untuk Dikujungi


Cicak paling berbahaya ini berasal dari Barat Daya United States dan tinggal di kawasan-kawasan kering bergurun. Cicak gila monster ini biasa didapati di Amerika dan di seluruh Amerika Utara. Terdapat 2 spesies Cicak berbisa iatu Mexican beaded lizard dan Heloderma suspectum. Kedua-dua cicak ini sama bahaya beza tempat tinggal, contohnya Mexican beaded lizard (H. horridum) boleh di dapati di Mexico dan Selatan Guatemala.-sumber







1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post