Pengarah filem terkenal Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad bin Mohamad Khalid disahkan meninggal duina di Hospital Slim River, Perak kira-kira 12.30 malam Ahad. Allahyarham meninggal dunia pada usia 58 tahun, dan berdasarkan maklumat awal allahyarham diserang sawan pada pukul 10 malam sabtu sebelum arwah dibawakan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Menurut Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah, Allahyarham difahamkan pengsan di sebuah restorannya sebelum dikejarkan ke hospital. Allahyarham sebelum ini juga pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital akibat sesak pernafasan dan masalah jantung. -Utusan
Kini seluruh media sosial dan rakan selebriti arwah melahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham Mamat Khalid. Allahyarham sangat terkenal dan disegani dalam dunia perfileman negara, dengan karya-karyanya yang telah memberi kesan cukup hebat kepada para penonton. Antara filem-filme arahan allahyarham ialah Zombi Kampung Pisang (2007) , Hantu Kak Limah (2018), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010),dan banyak lagi.
Semoga Allah meletakkan Roh Mohamad bin Mohamad Khalid di tempatkan dikalangan orang-orang beriman. Amin
Alfatihah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 beriman
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete