Cara Buat Lawak Dengan Kekasih

 

Nak tahu tak cara buat lawak dengan kekasih? mestilah nak kan. Cuma nak ingatkan saja, kita ini ada adab, ada agama, ada ibubapa, ada keluarga, jangan kerterlaluan bersama wanita yang bukan mahram atau Ajnabi*. Kalau nak sangat "si dia" ajaklah kahwin, itulah buktinya "cinta"


Sumber

Jangan terlalu bangga pegang tangan orang yang belum halal untuk kita. Tapi berbanggalah bila pegang tangan seorang isteri/suami kita. Ingat firman Allah S.W.T:


مَن جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا


Maksudnya: Sesiapa yang membawa satu kebaikan, maka dia mendapat sepuluh ganjaran pahala. Surah Al-An’aam (160)


Maka boleh dikatakan apabila seorang suami memegang/mencium isterinya dengan penuh perasaan mawaddah dan rahmah dianggap sebagai suatu kebaikan di sisi Tuhan dan setiap kebaikan itu mendapat 10 ganjaran pahala.


Dan satu lagi, lelaki yang betul-betul ikhlas dalam bercinta, dia tak akan melakukan sesuatu yang akan menjatuhkan maruah mu, malah dia akan menjagamu dari melakukannya. Ok berbalik dengan tajuk, sebenarnya banyak cara nak buat lawak dengan kekasih ini, tapi tidaklah sebanyak cara buat lawak dengan isteri. Maklumlah bukan muhrim, maka sedikit terhad lah untuk membuat lawak tu. 


Sumber

Antara cara membuat lawak dengan kekasih adalah dengan menggunakan smartphone, kebiasaannya menggunakan aplikasi whatsapp. Di bawah ini, terdapat beberapa ayat lawak untuk kekasih anda :


1. Izinkan saya mencuri hati awak ? Saya janji saya takkan jual atau pulangkan balik.

2. Sebut "SAYA" terlalu formal. Sebut "ANA" bajet islamik. Sebut "I" kata gedik. Sebut "AKU" kata kurang adab. Habis nak sebut apa ek? sebut "abang" boleh?

3. SUPERMAN boleh bawa awak terbang , BATMAN boleh bawa kereta yg laju , SPIDERMAN boleh swing sana sini , Tetapi lelaki BERIMAN boleh bawa awak ke Syurga.
4. Kalau I boleh menyusun abjad, I nak letak U dekat dengan I
5. U ni doktor ke? Kaki I terseliuh sebab jatuh cinta pada U !
6. Dari mana datangnya cinta !! dari Massage awak yang turun ke hati !..
7. Awak tengok bulan, terang tak bulan tu? terangkan , macam tu lah terangnya hati saya ni bila awak ada dengan saya.







8. Luahan Cinta Ibarat Kentut!..

ditahan sakit!.

dilepas malu!.

dah keluar..fuhhh! Lega!!! i love u
9. Saya ini gagal dalam bidang matematik sebab saya tidak boleh nak bahagikan kasih sayang saya terhadap awak kepada orang lain.
10. Jika kau hidup sehingga 100 tahun!. aku hanya ingin hidup hingga 99 tahun kerana aku tak rela hidup tanpa kau!
11. Di bawah ini senarai yang saya tak suka tentang awak!

1....

2...

3....

4......

Apa nak buat?? saya suka semuanya tentang awak!
12. Kalau cinta ibarat penyakit,aku taknak makan ubat.Biar aku merana diserang penyakit ini krn aku ingin kau tahu betapa aku mencintai kau!
13. Saya buat gambar awak sebagai wallpaper, supaya saya sentiasa dapat tengok wajah awak tiap-tiap hari, setiap masa dan setiap saat. Agar saya tidak terpikir untuk menghilangkan wajah awak dari ingatan saya walaupon sedetik.
14. Nak tahu tak, setiap saya bangun pagi, Saya wajib cek handfone dan berharap ada text dari awak walaupun hanya satu....miss u!!
15. Awak jangan risau kalau saya tak balas chat or message or tak angkat call, sebab saya tak mungkin curang dan tak mungkin lupakan awak tapi saya cuma tertidur sahaja...jangan marah ye.
16. Nak tahu tak, Lelaki ini nampak ‘Handsome’ bila dia Solat, Permpuan pula nampak cantik bila Tutup Aurat, macam awak!
17. Org kata kita hanya jatuh cinta sekali saja. Tapi setiap kali aku mendengar suaramu, aku jatuh cinta sekali lagi!
18. Tuhan memberikan rasa cinta dalam diriku, dan aku memberikannya padamu. Tolong jangan diberikan lagi pada orang lain.
19.Betapa indah pun perkataan, tak boleh sama utk menyatakan cintaku padamu!
20. Cintaku bukan ibarat kertas!.. Cintaku adalah bara yg sentiasa menyala dan semakin marak ditiup kerinduan padamu!..
21. Aku mencintai mu! Jika kamu benci aku, panah saja aku. Tapi jangan di hati ku yea.. sebab di hati ku ada kamu.
22. Kalau kamu sedih nanti, telefon aku yea. Aku tak janji akan buat kau ketawa. Tapi aku janji akan menangis bersama kamu.
23. Kita nampak Bulan, sedangkan Bulan itu sangat Jauh dengan Kita. Kita tak nampak Allah, tapi sebenarnya Allah itu sangat dekat dengan Kita.
24. Langit takut kehilangan bintang. Laut takut kehilangan ombak. Begitu juga dengan diri ku yang takut kehilangan mu.
25. Ustaz cakap Jangan cari lelaki yg boleh buat ramai perempuan Cair dengan dia, tapi carilah lelaki yang boleh setia dengan seorang perempuan sahaja. Macam saya...
26. Memang bukan mudah untuk kita buktikan kesetiaan dan bukan mudah juga untuk kita ungkapkan betapa besarnya sayang...tetapi cukuplah dengan memberi layanan dan perhatian SEIKHLASNYA.
27. Satu benda GOOGLE tak boleh cari ialah JODOH, Sebab apa? Sebab JODOH ditangan Tuhan.
28. Sebenarnya Shin Chan termasuk dalam kategori bantut seperti Upin dan Ipin dan takkan membesar sehingga tamat episod. bantut itu comel, macam awak!
29. Saya senyap supaya awak belajar rasa sunyi. Saya hilang supaya awak pandai mencari. Saya pergi supaya awak tahu rasa rindu di hati.
30. "Hai." ....................Dia tak reply.
"Salam." ..............Dia tak reply.


"Oh yer, saya lupa. Saya hanya wujud bila awak terdesak, bosan, sunyi dan bila awak perlukan saya jer. bye!!!
31. Jangan kamu menangis jika putus hubungan, tetapi ucaplah Alhamdulillah sebab dijauhkan daripada orang yang tidak reti MENGHARGAI kita
32. Even awak sayangkan seseorang tu , tapi kalau dia bukan jodoh awak tetap akan berpisah , awak harus faham yang Cinta itu perlukan Pengorbanan.
*Ajnabi membawa maksud orang asing..iaitu yang bukan suaminya dan juga bukan mahramnya..
maksudnya  AJNABI = BUKAN MAHRAM. Senang cerita,ajnabi ini adalah orang yang tidak ada pertalian darah dan boleh kahwin dengannya. 

Perempuan dengan lelaki ajnabi WAJIB jaga auratnya, perempuan itu hanya boleh zahirkan muka dan tapak tangan sahaja. Begitulah juga antara lelaki dan perempuan ajnabi, tidak boleh tengok aurat mereka,apatah lagi berdua-duaan.-sumber

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post