14 Gambar Ikan Bayan Yang Wow

 

Ini adalah gambar Ikan Bayan yang diperoleh dari pelbagai sumber, terdapat pelbagai jenis gambar ikan bayan termasuk spesies ikan bayan. Untuk malkumat anda ikan bayan adalah ikan yang dikenali sebagai "Parrotfishes" atau nama saintifik Scaridae. Ikan bayan merupakan ikan yang hidup di laut dan terdiri dari kumpulan herbivora iaitu makhluk hidup yang memakan tumbuhan. 


Gambar di bawah ini adalah gambar ikan bayan dengan spesiesnya,


1. Ikan Bayan Biru (Blue Parrotfish)

Ikan bayan biru boleh ditemui di terumbu karang di air cetek di bahagian tropika dan subtropika di Lautan Atlantik barat dan Laut Caribbean. Dengan warna biru yang terang dan unik, ikan ini mudah dikenali dan sering menjadi tumpuan di kawasan terumbu karang. Kehadirannya menambah kecantikan pemandangan bawah laut.

Sumber


Sumber

Sumber


Mungkin Anda Berminat Dengan Haiwan Saiz Besar (11 Gambar)

Poster Selamatkan Ikan Bayan 2024


2. Ikan Bayan Pelangi (Rainbow Parrotfish)

Ikan bayan pelangi adalah spesies ikan dalam keluarga Scaridae. Ikan ini terkenal dengan warna-warni yang cerah dan menarik, menjadikannya salah satu tarikan utama bagi para pelancong yang menyelam atau snorkeling di kawasan terumbu karang. Warna yang memukau membuatkan ikan ini mudah dikenali dan sangat popular dalam kalangan pencinta alam marin.

Sumber

Sumber

3. Ikan Bayan Lampu Isyarat (Stoplight Parrotfish)

Parrotfish stoplight ialah satu spesies ikan yang tergolong dalam keluarga Scaridae. Ikan ini sering ditemui di kawasan terumbu karang di pelbagai tempat seperti Florida, Laut Caribbean, Teluk Mexico, Bermuda, dan Brazil.

Parrotfish ini terkenal dengan warna-warni yang menarik dan ciri-ciri uniknya. Mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem terumbu karang, kerana mereka membantu memelihara kesihatan karang dengan cara memakan alga yang tumbuh di atasnya.

Dengan adanya ikan Parrotfish stoplight ini, ia memberikan kepelbagaian biologi yang penting dan menarik dalam alam marin kita

Sumber

Sumber

Sumber


4. Ikan Bayan Berhidung Bengkak (Knobsnout Parrotfish)

Ikan ini adalah salah satu daripada spesies yang menarik yang tergolong dalam keluarga Parrotfish. Ikan Knobsnout Parrotfish terkenal dengan warna birunya yang menakjubkan dan ciri-ciri uniknya. Mereka adalah penduduk laut yang menarik dengan saiz yang boleh mencapai sehingga 90 cm apabila dewasa.

Seperti kebanyakan ikan bayan lain, ikan ini juga memainkan peranan penting dalam ekosistem marin. Mereka membantu menjaga kesihatan terumbu karang dengan memakan alga dan bahan organik lain yang tumbuh di atasnya.

Sumber

Sumber


5. Ikan Bayan Jepun (Calotomus Japonicus)

Adakah anda pernah mendengar tentang ikan Calotomus Japonicus? Ikan ini sering dikenali sebagai burung lumba-lumba Jepun. Mereka adalah spesies parrotfish yang boleh ditemui di seluruh barat laut Pasifik.

Ikan Calotomus Japonicus mempunyai ciri-ciri yang menarik dan unik. Mereka memainkan peranan penting dalam ekosistem laut di kawasan tersebut.

Dalam Bahasa Melayu, ikan Calotomus Japonicus boleh juga dipanggil sebagai 'Ikan Bayan Jepun'. Nama ini merujuk kepada penampilan mereka yang berwarna-warni seperti burung lumba-lumba dan kawasan asal mereka di Jepun.


Sumber

Sumber


6. Ikan Bayan Mediterranean Sparisoma Cretense

Ikan ini biasanya dikenali sebagai Parrotfish Mediterranean kerana kehadirannya di kawasan Mediterranean dan Atlantik timur, termasuk Portugal. Tetapi, jangan terkejut jika jarang melihatnya kerana ikan ini dikatakan amat jarang.

Ikan Sparisoma Cretense adalah salah satu spesies yang menarik dan eksklusif. Ia sering dijumpai di pantai berbatu di kawasan-kawasan yang disebutkan tadi.

Dalam Bahasa Melayu, ikan ini juga boleh dirujuk sebagai 'Ikan Bayan Mediterranean'. Namun, walaupun jarang ditemui, kehadiran mereka penting dalam ekosistem laut di kawasan tersebut.


Sumber

Sumber



Kenapa Ikan Bayan Sangat Penting?


Ini kerana ikan Bayan kini diancam kepupusan berikutan dengan bilangannya yang semakin berkurangan. Ikan bayan sangat penting terutamanya dalam ekosistem terumbu karang. Menurut kajian, ikan bayan ini akan memakan alga dan terumbu karang yang telah mati di dasar lautan. Setiap hari ikan ini akan menghabiskan 90% masa mereka untuk mengunyah makan tersebut.



Dengan bentuk mulut yang bermuncung dan gigi yang khusus, ikan bayan ini akan memakan parasit yang tumbuh di batu karang yang hidup serta makan makanan yang lain seperti rumpai laut. Secara tida langsung ikan bayan ini dapat membersihkan terumbu karang yang masih hidup.


Terumbu karang yang bersih dari alga akan lebih kuat dan bertahan lama walaupun menghadapai perubahan suhu air, polasi atau kondisi air yang keruh. Tetapi sekirannya ikan bayan ini berkurangan maka kemungkinan batu karang di lautan akan mati, dan kematian batu karang ini akan merosakan ekosistem karang dan menjejaskan ekosostem laut itu sendiri.


Selain itu, ikan bayan ini juga akan mengeluarkan kotoran yang berupa pasir putih yang halus selepas mereka makan. Menurut kajian, setiap ekor ikan bayan dewasa akan mengeluarkan kotoran berupa pasih putih yang halus sehingga 450 Kg setiap tahun, banyak tu!!



Mungkin anda perlah melihat keindahan  di persisiran pantai, laut yang bersih dan jernih hingga nampak ke dasarnya, ini semua adalah hasil kerja ikan bayam tau! Disamping itu juga, ikan spesis lain akan semakin banyak dan tinggal di terumbu karang yang sihat. Maka tidak langsung ikan bayan dapat meningkatkan mata pencarian bagi nelayan dan menggalakan aktiviti lain yang mampun menjana pendapatan manusia.



Nampak tak kesan ikan bayan terhadap ekosistem laut dan ekonomi kita, jadi silalah hentikan penangkapan ikan bayan dan memakannya, dan jangan lagi membeli ikan ini di pasar atau pun di pasaraya. Kita perlu melakukannya demi alam sekita yang sihat dan generasi akan datang.  -Sumber


Mungkin Anda Berminat Dengan Gambar Lawak 14 (13 Gambar)




Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post