Ramai wanita di luar sana yang sanggup sembunyikan kesakitan mereka daripada memberitahu perkarar yang sebenar. Ini adalah realiti yang berlaku pada kaum wanita, wanita seharusnya berani kehadapan, jangan biarkan media sosial mempengaruhi anda. Seperti gambar di bawah ini...
Lukisan ini dihasilkan oleh Ray Styles Studios, sebuah syarikat membuat reka bentuk dan ilustrasi grafik bagi menyediakan reka bentuk yang kreatif dan inspirasi. Antara rangkaian di bawah syarikat ini adalah Penciled Celebrities Inc. (NYC). Sekirannya anda berminat mengikuti perkembangan mereka, sila ikuti mereka di laman insatgram iaitu @penciledcelebrities
Lukisan yang dibina ini adalah bertujuan untuk menyedarkan kaum wanita mengenai hak mereka, terutamanya apabila mereka mengalami situasi tersebut. Kita tahu ramai wanita di luar sana mengalami pendervan, namuan tindakan untuk menyembunyikan hal seperti ini tidak patut dilakukan.
Untuk pengetahuan anda, berdasarkan kepada Handbook for National Action Plans on Violence Against Women (2012), kebanyakan keganvsan terhadap wanita dilakukan oleh orang yang dikenali wanita tersebut dan kebanyakan kes tidak dilaporkan kerana masalah dalaman keluarga atau masalah peribadi. Keganvsan terhadap wanita yang paling kerap adalah keganvsan yang dilakukan oleh pasangan wanita yang merangkumi suami, bekas suami atau teman lelaki.-sumber
Mengikut pihak Polis, mangsa yang tidak berani membuat laporan polis kerana perasaan malu serta bimbang pengaduan yang dibuat akan menjejaskan rumah tangga mereka. Mereka juga merasakan suami adalah penting sebagai pelindung keluarga serta bimbang anak akan menjadi mangsa keadaan.
Kita faham, bukan mudah bagi kaum wanita untuk melaporkan kes pendervan mereka sendiri. Ini kerana kesan pendervan yang mereka alami akan mengubah personaliti mereka sendiri. Antara perubaha yang mereka akan alami seperti berikut :
1. Wanita yang menjadi mangsa keganvsan akan mengubah diri mereka menjadi seseorang yang suka menyendiri, tidak bergaul dengan masyarakat, bersikap pasif dan kurang memerlukan sokongan mahupun bantuan daripada orang lain.
Sebanyak 18% - 74% wanita yang menjadi mangsa keganvsan ini kembali menjalin hubungan dengan pemangsa walaupun diderv dengan teruk. Disebabkan personaliti ini, mereka lebih mudah menerima sahaja penderitaan akibat keganvsan daripada mengambil langkah keluar dari situasi tersebut.
2. Selain dari perubahan personaliti, wanita yang diderv juga akan mengalami perubahan cara berfikir seperti menidakkan atau menafikan dakwaan mereka menjadi mangsa dan ramai di antara mereka beranggapan keganvsan yang berlaku hanyalah perkara kecil dan besifat sementara.
3. Ada juga di kalangan mereka yang diselubungi perasan berbelah bahagi iaitu dengan menaruh harapan bahawa suatu hari kelak hubungan mereka dengan pemangsa akan menjadi baik walaupun sudah hidup menderita yang agak lama.
Oleh yang demikian, jangan memandang rendah dengan kes pendervan terhadap wanita. Ini kerana pendervan seperti ini akan memberi kesan sampinag terutamanya pada pasangan yang sudah mempunyai anak. Anak yang menyaksikan pendervan tersebut akan lebih mudah berasa kurang berupaya. Mereka juga akan menyisihkan diri serta akan menjadi individu yang agresif atau pasif.
Langkah-langkah yang perlu diambil oleh wanita yang telah dipukul atau diderv :
1. Segera mendapatkan rawatan dan juga laporan perubatan dari hospital kerajaan.
2. Buat aduan di balai polis dengan mengemukakan surat laporan perubatan yang telah diterima dari hospital kerajaan.
3. Bagi mengukuhkan lagi tuntutan, disarankan agar isteri/wanita tersebut pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat di mana pegawai kebajikan masyarakat akan membawa anda ke Mahkamah untuk mendapatkan Perintah Larangan Sementara (IPO) supaya suami/pemangsa dilarang menganggu anda.
Anda perlu melakukan tindakan-tindakan di atas kerana jika tidak, maka akan sukarlah untuk anda menyakinkan mahkamah atas dakwaan tersebut. -sumber