Gambar Kemerdekaan bagi versi 2020 ini adalah diubah suai oleh oohsenyum sendiri, dengan penambahan logo dan tema hari kemerdekaan bagi tahun 2020 iaitu Malaysia Prihatin. Gambar kemerdekaan ini pada asalnya gambar kemerdekaan tahun-tahun yang lalu, tetapi telah diubah suai sempena tahun 2020.
Loga dan Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2020 ini sangat menarik, kerana temanya yang mesra "Malaysia Prihatian". Dengan bentuk hati dengan warna bendera kita Jarul Gemilang melambangkan perhatian kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Walaupun kita masih mengalami penularan wabak Covid 19, kerajaan tetap prihatin dengan keadaan kebajikan rakyat. Dengan adanya Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang merangkumi aspek ekonomi, kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat seluruh Malaysia, dapatlah sedikit sebanyak membantu rakyat di negara ini.
Gambar di bawah ini adalah gambar kemerdekaan bagi tahun 2020. Sempena Hari Kemerdekaan, Oohsenyum ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang Ke 63, Semoga negara kita sentiasa aman, damai dan sejahtera.
Jangan lupa like page facebook oohsenyum untuk dapatkan artikel terkini yang menarik dengan gambar yang menghiburkan.