Kita tahu pada masa ini wabak covid 19 sedang melanda di seluruh dunia, termasuk negara kita. Namun begitu sebagai umat Islam, kita tetap menyambut Hari Raya Korban dengan bersederhanan seperti mana di negara Pakistan.
Seorang peniaga memberi makan unta di pasar ternak yang disiapkan untuk festival umat Islam yang akan datang, di Rawalpindi. Aamir QURESHI / AFP
Penjualan binatang seperti unta, lembuh dan kambing masih dijalankan di kawasan pasar jualan ternakan, tetapi tidak lah semeria tahun lalu. Mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan dipantau oleh pihak berkuasa.Selain itu, bagi mencegah penularan covid 19 ini, pihak berkuasa Pakistan melarang penubuhan pasar kecil ternakan, manakala bagi penyembelihan binatang korban, haruslah dibuat di kawasan terbuka, kerana bimbang peningkatan jangkitan Covid-19.
Kemungkinan masyarakat di Pakistan akan menyambut Hari Raya Korban pada 31 Julai 2020, sama seperti negara kita. Diharapkan sambuatan Hari Raya Korban pada tahun ini dapat berjalan dengan baik, terutamanya melaksanankan ibadah korban.
Antara hikmat ibadat ini selain mengingati kisah Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih puteranya Nabi Ismail sebagai korban, adalah melatih dan membentuk kaum Muslimin supaya sanggup berkorban sebahagian rezeki dan nikmat kurniaan Allah untuk orang lain. Malah, ibadah korban termasuk memupuk sikap peduli dan prihatin terhadap masyarakat dengan mengagihkan sebahagian daging korban kepada golongan kurang bernasib baik.
Gambar di bawah ini adalah suasanan pasar jaulan binatang korban di Pakistan.-sumber
Seorang peniaga yang memakai topeng muka sebagai langkah pencegahan penyebaran coronavirus COVID-19, ketika dia memegang untanya sambil menunggu pelanggan di pasar ternak. Aamir QURESHI / AFP
Peniaga memberi makan kambing di pasar ternak Aamir QURESHI / AFP
Pedagang menghiasi unta dengan Henna di pasar ternak . Aamir QURESHI / AFP
Seorang peniaga sedang berehat di pasar ternakan di Rawalpindi pada 20 Julai 2020. Aamir QURESHI / AFP
Seorang peniaga memberi makan lembu di pasar ternakan. Aamir QURESHI / AFP
Seorang peniaga memunggah seekor lembu dari sebuah trak di sebuah pasar. Aamir QURESHI / AFP
Peniaga mandikan lembu di pasar. Aamir QURESHI / AFP
Tags:
info
Meriah :)
ReplyDelete