Ini adalah 64 rangkap pantun lawak yang boleh anda kongsikan pada rakan anda. 64 rangkap pantun lawak ini terbahagi kepada 5 bahagian dan kesemuanya sangat menghiburkan.
Sumber gambar |
Apa itu pantun? Pantun adalah bahasa Minangkabau yang dipinjam iaitu "penuntun". Pantun merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenal dalam bahasa-bahasa dituturi dan dikarang dalam rantau Nusantara di Asia Tenggara, terutamanya bahasa Melayu. Pantun terbahagi kepada dua bahagian sama banyak rangkapnya, iaitu bahagian pembayang dan diikuti pula dengan maksud pantun tersebut.
Di bawah ini terdapat 5 bahagian pantun lawak iaitu Pantun lawak, Pantun Hari Lawak (Isnin hingga Ahad), Pantun Lawak Malam, Pantun Lawak Serius dan Pantun Lawak Lain Dari Yang Lain.
Antara 5 bahagian ini, Pantun Lawak Serius adalah paling terbaik. Ini kerana pantun tersebut menggunakan bahasa yang sangat baik, manakala dari segi lawak pun, ia bersederhana.
Pagi pagi makan bubur,
bubur dimakan bersama Milkshake,
Harap anda semua terhibur,
jangan lupa like and share.-oohsenyum.com
1. Pantun Lawak
Nenek-nenek si bongkok tiga,
Siang ngantuk malam berjaga,
Kalau berbini tak cukup tiga,
Bila dah empat, ha!! tak terjaga.
Timang tinggi-tinggi,
Sampai cucur atap,
Race haram sampai ke pagi,
Kalau mati, tak sempat mengucap.
Harimau mati meninggalkan belang,
Isteri mati meninggalkan gelang,
Suami mati meninggalkan hutang
Hujam emas di negeri orang,
hujan batu di negeri sendiri,
Kalau macam tu baik tak yah hujan.
Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser di'fire' Ultraman
Ultraman yang baik dikenang jua
Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Taro datang membantu
Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Ader lampu nyaler
Sudah geharu cendana pula
Sudah kalah di'fire' pula
2. Pantun Hari Lawak (Isnin hingga Ahad)
Semua malas nak bangun pagi,
Bukan kerana sakit nak mati,
Tapi mood masih nak cuti,
Hari isnin menjelma lagi.
Hari-hari makan laksa,
Sedapnya kuah ikan kelisa,
Badan kuat seperti perkasa,
Selamat menyambut hari selasa.
Menangkap ikan pakai bubu,
Untuk hidangan nasi kerabu,
Kenapa masih dalam kelambu,
'Ofis' kau tutup ke hari rabu.
Atas pokok ada penyengat,
Anak kambing baunya hamis,
Kenapa kau tak pernah ingat,
Janji nak belanja aku hari khamis.
Sudahkah anda tunaikan solat?
Solat wajib 2 rakaat,
Bukannya apa cuma saja nak ingat,
Selamat hari jumaat.
Hari-hari minum air batu,
Minum sampai rahang kematu,
Tengah sibuk sangat ke tu?
Sampai tak ingant janji dating hari sabtu.
Minta garam barang secuit,
Untuk perasa sayur salad,
Saja jalan nak buang duit,
Hari ni kan hari ahad.-sumber
3. Pantun Lawak Malam
Jangan sesekali menjadi lalang,
Takut takut dibuang orang,
Siang penat membanting tulang,
Malam waktu melurus pinggang.
Sedap sedap si ikan keli,
Sedap lagi ikan siakap,
Nak berpuisi terasa geli,
Hanya ini mampu terucap.
Pantun sudah, seloka pun sudah,
Lepas ni tak tau apa pulak dah,
Sebelum tidur jangan lupa Syahadah,
Takut takut esok tak sempat dah... .
Oh bulan mana bintang
Atas pucuk kayu ara
Oh tuan mana hilang
Dalam bilik anak dara
4. Pantun Lawak Serius
Lebuhraya kota bersegi
Tempat temasya dara teruna
Hodohnya ketawa orang tak bergigi
Ibarat kota tiada kubunya
Api terang banyak kelkatu
Masuk ke kamar bersesak-sesak
Alangkah geli rasa hatiku
Melihat nenek bergincu berbedak
Ditiup angin bunga semalu
Kuncup daun bila berlaga
Bercakap Melayu kononnya malu
Belacan setongkol dibedal juga
Orang Rengat menanam betik
Betik disiram air berlinang
Hilang semangat penghulu itik
Melihat ayam lumba berenang
Tanam jerangau di bukit tinggi
Mati dipijak anak badak
Melihat sang bangau sakit gigi
Gelak terbahak penghulu katak
Singapura dilanggar todak
Kapal karam di Tanjung Peringin
Orang tua beristerikan budak
Macam beruk mendapat cermin
Bapa gergasi menebar jala
Pegang tali melintuk-liuk
Masakan pengerusi tak garu kepala
Melihat ahli semua mengantuk
Gemuruh tabuh bukan kepalang
Diasah lembing berkilat-kilat
Gementar tubuh harimau belang
Nampak kambing pandai bersilat
Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala
Anak cina menggali cacing
Mari diisi dalam tempurung
Penjual sendiri tak kenal dacing
Alamat dagangan habis diborong
Biduk buluh bermuat tulang
Anak Siam pulang berbaris
Duduk mengeluh panglima helang
Melihat ayam bercengkang keris
Buah jering dari Jawa
Naik sigai ke atas atap
Ikan kering lagi ketawa
Dengar tupai baca kitab
Pohon manggis di tepi rawa
Tempat datuk tidur beradu
Sedang menangis nenek tertawa
Melihat datuk bermain gundu
Ceduk air di dalam perigi
Timbanya bertangkaikan suasa
Jikalau kucing tak bergigi
Alamat tikus berjoget berdansa
Pokok pinang patanya condong
Dipukul ribut berhari-hari
Kucing berenang tikus berdayung
Ikan di laut berdiam diri
Tanam pinang di atas kubur
Tanam bayam jauh ke tepi
Walaupun musang sedang tidur
Mengira ayam di dalam mimpi
Anak bakau di rumpun salak
Patah taruknya ditimpa genta
Riuh kerbau tergelak-gelak
Melihat beruk berkaca mata
Orang menganyam sambil duduk
Kalau sudah bawa ke balai
Melihat ayam memakai tanduk
Datang musang meminta damai
Hilir lorong mudik lorong
Bertongkat batang temberau
Bukan saya berkata bohong
Katak memikul paha kerbau
Di kedai Yahya berjual surat
Di kedai kami berjual sisir
Sang buaya melompat ke darat
Melihat kambing terjun ke air
Jikalau lengang dalam negeri
Marilah kita pergi ke kota
Hairan tercengang kucing berdiri
Melihat tikus naik kereta
Senangis letak di timbangan
Pemulut kumbang pagi-pagi
Menangis katak di kubangan
Melihat belut terbang tinggi
Anak Hindu beli petola
Beli pangkur dua-dua
Mendengar kucing berbiola
Duduk termenung tikus tua
Punggur berdaun di atas kota
Jarak sejengkal dua jari
Musang rabun, helang pun buta
Baru ayam suka hati
Ketika perang dinegeri Jerman
Ramai askarnya mati mengamuk
Rangup gunung dikunyah kuman
Lautan kering dihirup nyamuk
Jual betik dengan kandil
Kandil buatan orang Inggeris
Melihat buaya menyandang bedil
Lembu dan kerbau tegak berbaris
Jemur bijan dengan kulitnya
Jemur di atas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Lamun Si Pandir mengepit payung
Elok rupa pohon belimbing
Tumbuh dekat limau lungga
Elok berbini orang sumbing
Walau marah ketawa juga
Rumah besar berdinding tidak
Beratapkan daun palas
Badan besar beristeri tidak
Itu tandanya orang pemalas
Adik nama Comat
Suka beri salam
Budak ketawa kuat
Suka kecing malam
Dari Ambun hendak ke Perak
Singgah di Jeram Mengkuang
Si Awang Kenit mencuri kerak
Hidung berbelang terpalit arang
Biduk lalu kiambang bertaut
Nakhoda Kasap duduk termenung
Gila latah ikan di laut
Melihat umpan di kaki gunung
Pakai seluar labuh ke bawah
Ikut permatang jalan melenggang
Nampak zahir memang mewah
Tapi hutang keliling pinggang
Orang Sibu menunggang kuda
Kuda ditunggang patah pinggang
Masih mahu mengaku muda
Padahal cucu keliling pinggang
Tahankan jerat gunakan tali
Pacak kuat biar melekap
Kalau bini suka membeli
Hutang berbaris suami ke lokap
Tuan puteri memasang panjut
Dayang tolong menghalau lalat
Kucing tidur bangkit terkejut
Melihat tikus pandai bersilat-sumber
5. Pantun Lawak Lain Dari Yang Lain
Sedap punyalah sedap
Bukan main dia melahap
Silap punyalah silap
Isteri sain suami menyedap
Tak pasal-pasal masuk hospital
Sebab perut dah macam ikan buntal
Tak pasal-pasal kena bedal
Sebab selalu suka menggatal
Sudah serik pasang pukat
Mimpi sembilang, ketam dan parang
Wajah cik adek memang memikat
Tapi sayang suara macam abang
Pelesit punyalah pelesit
Orang tidur dia menjerit
Sakit punyalah sakit
Tunggang motor terjun ke parit
Soksek punyalah soksek
Silap soksek kena gerutu
Usik punyalah mengusik
Silap usik kena tinju
Kenen punyalah kenen
Silap kenen mak mentua
Sain punyalah sain
Silap sain bapak pasang dua
Paling punyalah paling
Silap paling kepala terteleng
Jeling punyalah jeling
Silap jeling mata juling
Buk berdebak debuk bukk..
Bunyi jantung dalam dada
Buk berdebak debuk bukk..
Kasi tolong pinjam janda
Dendam punyalah dendam
Silap dendam muka masam
Godam punyalah godam
Silap godam mata lebam-sumber
Tags:
Lawak/Lucu
Tersenyum PC.
ReplyDelete