Kisah benar ini berlaku di negara India, Polis India telah menangkap seekor kambing yang berkeliaran di daerah Becon Ganj yang terletak di pusat Kanpur di negeri India Uttar Pradesh. Dan yang lawaknya kisah ini adalah Kambing tersebut ditangkap atas kesalahan tidak memakai topeng muka (mask) semasa pandemi corona virus.
Gambar Hiasan Sumber Gambar |
Menurut pegawai polis Saifuddin Beg, kisah ini bermula ketika seorang pemuda tanpa menggunakan mask berjalan-jalan sambil membawa seekor kambing. Apabila pemuda ini ternampak pihak polis, pemuda tersebut melarikan diri dan meninggalkan kambingnya sendiri di situ. Lalu pihak polis pun membawa kambing tersebut ke balai polis.
Pemuda tersebut kembali ke balai polis untuk mengambil semula kambingnya, setelah dia mengetahui haiwan kesayangannya telah ditangkap. Akhirnya pemudah tersebut dibenarkan membawa balik kambingnya dengan syarat haiwan tersebut tidak boleh dibenarkan berkeliaran di jalanan.
Itu adalah kisah sebenarnya, tetapi macam mana pula ia boleh jadi lawak? Sebab seorang pegawai polis yang membawa kambing tersebut menyatakan kambing tersebut telah melanggar perintah kerana tidak memakai topeng muka (mask).
Setelah mendapat komen yang pedas di media sosial, pihak polis tempatan seger mengubah kenyataan mereka.
"Orang sekarang memakai topeng pada anjing mereka, jadi mengapa tidak kambing ?" Katanya.-sumber
Tags:
Lawak/Lucu
tak da kijer dah polis tu
ReplyDeletehahaha.. mcm2..
ReplyDelete