Kisah Disebalik Lukisan Yusof Ghani Bernilai RM 1 Juta



Macam tak percaya kan, lukisan ini bernila RM1 juta. Lukisan yang dihasilkan oleh Yusof Ghani. Siapa Yusof Ghani? Yusof Ghani adalah seorang pelukis, pemahat, penulis, dan kurator Malaysia. Yusfo Ghani juga merupakan pensyarah dan Profesor Madya Jabatan Seni Halus Universiti Teknologi Mara di Shah Alam. 


Lukisan tersebut bernilai RM 1 juta pada tahun 2015, dan apa yang menariknya adalah kisah disebalik lukisan tersebut. Kisah ini dikongsikan oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Ezzwan di laman instagram beliau. Siapa Ezzwan? Ezzwan pernah viral mengenai lukisannya yang dimuat naik di laman Twitter, dan menjadi perhatian dari Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika itu.


Sumber Facebook

Menurut Ezzwan mengenai kisah lukisan Yusof Ghani itu, ia adalah kisah benar kerana diceritakan sendiri oleh Pak Usop (Yusof Ghani) ketika saya berpeluang bekerja bersama beliau dan M. Nasir untuk pameran seni “Tanda II” pada tahun 2015, katanya.

Instagram @ezzwanmardzi


Cerita Pak Usop, ketika itu dia berada di rumah seorang sahabat, sekadar datang melawat,bersembang kosong. Sedang asyik ngobrol (berborak), hujan turun dengan lebatnya. Hati Pak Usop mulai risau. “Aku ni dah la naik motor, nak balik satu hal, rokok pulak habis.” Sahabatnya pula bukan seorang perokok, menambah lagi gundah dihatinya.

Hujan lebat berlarutan hingga ke malam dan Pak Usop kian runsing. Sebagai seorang perokok tegar, mana mungkin dia mampu menahan ‘kesangapan’ yang maha dasyat dari petang hingga ke malam. Dia mulai menggeletar dan tidak boleh duduk diam.

Di’tawaf’ rumah sahabatnya itu mencari sesuatu yang dia sendiri tidak pasti apa. Hinggalah dia terjumpa canvas kosong besar yang terselit di suatu sudut, nampak tak nampak sahaja. “Kau ada charcoal?” Suatu permintaan seorang lagenda seni kepada sahabatnya yang pada aku, epik. Mujur sahabatnya itu juga dari jalan seni yang sama. Maka charcoal tidaklah sesukar rokok untuk dicari ketika itu.

Pak Usop mulai ‘hilang’ dalam dunianya melenjan canvas dan charcoal tanpa ditemani sebarang asap rokok seperti selalu.

Hujan akhirnya berhenti lewat malam dan sebuah mahakarya telah pun siap dilukis. Menurut Pak Usop, falsafah disebalik abstrak pada karya tersebut adalah perasaan beliau yang begitu tertekan kerana tidak dapat menghisap rokok, lalu disalurkan keatas kanvas dengan penuh ghairah.

Sewaktu lukisan ini dipamerkan, ia sudahpun menjadi milik orang.

P/s: Bayangkan kalau petang itu tak hujan. Ataupun Pak Usop tak kehabisan rokok. 


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post