Mungkin anda tidak pernah melihat gambar pelik di bawah ini, bukan pelik sangat, cuma disebalik gambar terdapat kisah atau pengetahuan yang mungkin anda tidak tahu. Jangan lupa share pada rakan anda di laman sosial facebook, mana tahu mereka juga tidak pernah tahu disebalik gambar pelik tapi menarik ini.
Ini adalah warna hitam yang dikenali sebagai Vantablack, ia adalah hitam yang paling hitam di dunia, di mana bahan warna tersebut menyerap 99.96% cahaya, seterusnya memberikan penampilan dua dimensi seperti kita melihat ke dalam lubang hitam gelap gelita.
Ini adalah kereta jenis BMW X6 yang menggunakan bahan istimewa Vantablack dicipta oleh Surrey NanoSystems.
Ini adalah kayu yang dikenali sebagai Petrified, kayu ini dijumpai di Queensland, Australia. Petrified juga dikenali sebagai kayu batu atau kayu kejur, ia merupakan nama yang diberi kepada jenis tinggalan fosil bagi tumbuhan darat. Ia juga adalah hasil daripada pokok atau tumbuhan yang berubah bentuk kepada batu melalui proses pempermineralan.
Ini kaca mata dikenali sebagai Goggle semasa musim salji kacamata jenis ini digunakan secara tradisional oleh Inuit dan Yupik, yang dahulu dikenali sebagai Eskimo. Bagi masyarakat Arktik, mereka menggunakan google ini adalah untuk mengambil ais batu dan mengelekkan daripada mata mereka dari percikan ais tersebut. Goggale secara tradisinya dibuat dari kayu apung, tulang, atau gigi Walrus, Walrus juga dikenali sebagai gajah mina merupakan sejenis mamalia laut yang tinggal di Laut Utara.
Lukisan dihasilkan oleh seorang artis Kemboja, yang dikenali sebagai Visoth Kakvei. Salah satu lukisan yang menarik yang dihasilkan oleh beliau.
Siapa wanita ini, mereka adalah Miss Correct Posture pada tahun 1956. Posture adalah kedudukan tubuh seseorang baik sewaktu berdiri mahupun duduk atau berbaring. Ia memerlukan keseimbangan otot dengan tulang belakang, fleksibiliti otot dan gerakan normal pada bahagian sendi.
Pertanding ini dibuat pada bulan Mei 1956 di Chicago, antara pertandingan pelik yang pernah dianjurkan di dunia.
Pertanding ini dibuat pada bulan Mei 1956 di Chicago, antara pertandingan pelik yang pernah dianjurkan di dunia.
Apa yang menarik gambar di atas ini, beliau dikenali sebagai Teri Horton. Teri telah membeli lukisan ini dengan harga $ 5 dollar sahaja, tanpa pengetahuan yang ada Teri hanya menyimpannya di rumah. Setelah dikaji selidik, lukisan ini adalah lukisan yang dihasilkan oleh seorang artis seni yang popular iaitu Jackson Pollock.
Teri Horton pernah ditawarkan duit sebanyak 9 juta dollar untuk sebuah lukisan tersebut. Tetapi dia menolaknya, dia ingin menjual lukisan ini dengan harga tidak kurang dari 50 juta dollar. Lukis ini masih disimpan oleh waris Tero Horton.
Teri Horton pernah ditawarkan duit sebanyak 9 juta dollar untuk sebuah lukisan tersebut. Tetapi dia menolaknya, dia ingin menjual lukisan ini dengan harga tidak kurang dari 50 juta dollar. Lukis ini masih disimpan oleh waris Tero Horton.
Gambar askar Perancis ini diambil ketika peperangan di Somme pada tahun 1916. Warna gambar asal ini adalah hitam putih, dan telah diubah oleh Memento menjadi berwarna.
Mesti anda kenal gambar wallpaper ini kan, ini adalah gambar wallpaper bagi Microsoft 's Windows XP. Gambar ini adalah perbandingan antara gambar wallpaper dengan gambar yang terkini.
Gambar wallpaper yang diguna oleh Microsoft ini diambil oleh seorang jurugambar dikenali sebagai Charles O'Rear pada tahun 1996, Microsoft telah membeli gambar ini pada tahun 2000. Gambar ini diambil di kawasan Los Carneros American viticultural, California 's Wine Country.
Gambar ini adalah bilik darjah terbuka di Belanda. Kenapa bilik darjahnya macam tu? sebab pada ketika itu, negara Belanda dilanda wabak penyakit Mycobacterium tuberculosis. Apa benda tu?Mycobacterium tuberculosis adalah penyakit TB, ia juga dikenali sebagai Batuk Kering. Disebarkan melalui udara apabila pesakit yang mempunyai kuman yang aktif batuk.
Gambar ini adalah ciptaan seni 3D yang dihasilkan oleh Chris Labrooy.
Apa benda ini? ini adalah gigi dinosaur yang dijumpai, dan kini berada dipameran Muzium Australia. Salah satu gigi dinosaur yang paling jarang ditemui. Adakah haiwan dinosaur ini benar-benar wujud?
Tags:
Lawak/Lucu