Mimi Choi adalah seorang artis solek dari Vancouver, Kanada. Apa yang menariknya mengenai Choi adalah sebelum beliau menceburi bidang solek ini, Choi adalah seorang guru yang mengajar di sebuah prasekolah tadika. Hampir 3 tahun, Choi berkerja sebagai guru, dan akhirnya Choi membuat keputusan untuk berhenti dan menceburi bidang yang diminatinya iaitu bidang solek.
Sebelum ini, Choi pernah diminta menjadi jurusolek di sebuah majlis perkahiwnan, dan ramai yang sangat berpuas hati dengan cara solekkan Choi dan dari situ Choi mulai belajar cara bersolek yang lebih baik.
Minat Choi dengan solekkan berbentu 3D ini, bermula pada musim Halloween dimana dia melihat gambar seorang wanita dengan alat soleknya mengubah wajahnya menjadi wajah yang berbentuk 3D dan menakutkan. Dari situ Mimi Choi cuba belajar cara bermakeup berbentuk 3D, dan hasilnya sangat wow mengagumkan.
Menurut Choi,
inspirasinya ketika dia melakukan solekkan 3D ini dengan melihat keadaan dipersekitarannya seperti gambar, lukisan dan perasaannya ketika sedang bersolek. Selain itu, Choi juga jarang melihat cara solekkan artis lain, bagi tujuan mencabar dirinya untuk menghasilkan karya seni yang asil dan unik.
Menurut Choi lagi, matlamat utamanya dalam bidang solekkan ini adalah membuat yang terbaik dari apa yang telah dia buat sebelum ini. Ini kerana persaing terbesar anda adalah diri anda sendiri, maka lakukan yang terbaik.-
sumber