Ucapan Hari Raya Versi 2020


Ucapan hari raya versi 2020, kali ini semestinya berkaitan rapat dengan suasana yang berlaku di negara kita. Sememangnya kerajaan telah memberi arahan untuk kita beraya dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) semasa merayakan hari raya aidilfitri bagi tahun 2020.



Sebelum itu, di bawah ini adalah langkah-langkah yang boleh di amalkan oleh tuan rumah semasa merayakan hari raya.


  1. Setiap rumah mesti mempunyai pembersih tangan di pintu masuk.
  2. Daftar nama dan nombor telefon pelawat.
  3. Tidak boleh berjabat tangan, salam atau berpelukan.
  4. Jauhkan jarak antara satu sama lain terutama warga emas, jika warga emas boleh  diasingkan atau ada penghadang kaca adalah lebih baik.
  5. Bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik perlu lebih berhati-hati atau jangan melawat langsung.
  6. Jangan menghidngkan makanan secara ‘buffet’. Elakkan makanan dari terdedah.
  7. Makanan lebih baik dibungkus terlebih dahulu atau gunakan pinggan dan cawan pakai buang di mana penghapusan sisa makanan dan peralatan pakai buang.
  8. Pastikan semua permukaan di ruang makan, ruang legar dan kawasan yang tetamu   mengunjung di bersihkan dengan rapi setelah tetamu pulang pada penghujung hari.-sumber



Semua langkah ini perlu diamalkan di setiap rumah, bagi mempermudahkan pengesanan kontak sekiranya berlaku kes positif dari kawasan tersebut.

Adalah lebih baik jika kita tidak merayakan Hari Raya dengan mengunjungi sesiapa tahun ini, kita tunggu hingga wabak ini terkawal.

Berbalik dengan ucapan Hari Raya Versi 2020, di bawah ini adalah beberapa ucapan dan pantun yang anda boleh kongsikan. 


Oohsenyum mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, semoga segala amalan dan usaha kita akan diterima dan dikurniakan ganjaran sewajarnya daripada Allah SWT.

Ucapan Hari Raya Mengikut Sunnah Nabi Yang Sahih


SALAM AIDILFITRI
1 Syawal 1441H 


"Taqobbalallahu minna wa minkum,"
semoga Allah menerima segala amalan baik daripada saya dan kamu semua.

Manakala jawabnya ialah

"Alaina wa alal jami," 
moga bermanafaat buat semua.

 "Apabila para sahabat Baginda Rasulullah SAW bertemu di hari raya, sebahagian daripada mereka mengucapkan kepada yang lain, Taqobbalallahu minna wa minkum." – HR Ahmad. (Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, Jld. 5, m.s. 270-271).


Pantun Hari Raya Versi 2020


TAKBIR bergema terasa sayu,
Pada pagi hari yang mulia,
Raya ini sungguhlah pilu
Tanpa keluarga dan sanak saudara.

Berbuka puasa terasa hiba,
Mengadap juadah nikmati sendiri,
Ramadan ke 28 kini tiba,
Kemeriahan dirasai suasana Aidilfitri.

Rumah dikemas indah dihiasi,
Mula mengemas sedari pagi,
Pergi Ramadan usah ditangisi,
Tahun depan bertemu lagi.

Baju raya berenda-renda,
Tiada lagi yang rabak-rabak,
Ramadan Aidilfitri terasa berbeza,
Patuhi PKP menangani wabak.

Tudung bawal pesanan tiba,
Sungguh cantik sangat berkenan,
Hati sayu terasa hiba,
Tidak beraya di kampung halaman.

Berbuka sudah tarawih pun sudah,
Duduk bersandar seperti raja,
Usah dikenang usah digundah,
Handphone dipegang VC sahaja.

Secara online beli makanan,
Terus sampai depan mata,
Teknologi canggih main peranan,
Dengar suara nampak di mata.

Setiap hari sahur dikejutkan,
Malas nak bangun memang biasa,
Lebih 2 bulan PKP dijalankan,
Rakyat sudah jadi biasa.

Makan sahur lauk ikan,
Ikan siakap tiga rasa,
Baju raya tetap digayakan,
Suasana Raya masih dirasa.

Perut sebu angin puspus,
Makan berbuka semua nak rasa,
Banyakkan berdoa wabak terhapus,
Segera kembali keadaan biasa.

Juadah berbuka kuih cara,
Cara berlauk isteri masakkan,
Mohon maaf akhir bicara,
Selamat Hari Raya saya ucapkan.,

Hari Raya menjelang tiba,
Lemang dan rendang pembuka selera, 
Covid 19 belum reda,
Jangan ditambah kluster yang ada.

Ramadhan berundur, Syawal tiba,
   Syawal kini jauh berbeza,
Terbatas pergerakkan amalan beraya,
   Elakkan covid, selamatkan nyawa.

Merentas Negeri dilarang sekali,
   Amalan kebersihan harus patuhi,
Jaga jarak destensi diri,
   Elak bersalam bersentuhan jari.

Mask dipakai jangan dilupa,
   Cuci tangan diamal sentiasa,
Merentas daerah dibolehkan juga,
   Tapi bukan untuk beraya.

Jangan sedih di aidil fitri
   Solat dan takbir di rumah sendiri
Putuskan rantaian covid 19 ini
   Sayangi nyawa dan keluarga seisi.

Hilal Ramadhan berlalu pergi,
   Tandanya Syawal menjelma lagi,
Semoga amalan kita diberkati,
  Taqwa bertambah dikasihi illahi.

1 Syawal sudah tiba,
Diraikan dengan sungguh berbeza,
Jangan berziarah di hari raya,
Kita guna video call saja.

Lagu raya Sharifah Aini, 
Nyayian indah lagi merdu, 
Sungguh berbeza raya ini, 
Tanpa terima kehadiran tetamu. 

Sekotak mancis secawan madu, 
Selautan kasih seluas rindu, 
Salam lebaran ucapan buatmu, 
Lepas PKP kita kan bertemu.

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.


Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pun sudah,
Duit raya takkan dah lupa.


Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.







4 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. waaa pantun ni sinonim sangat untuk keadaan sekarang. nanti akan datang mesti teringat raya 2020 yang berbeza..

    ReplyDelete
  2. Raya 2020 dengan norma baru. Pasti jadi kenangan buat kita semua :)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post