Inilah kain yang melindungi kabah di Masjidil Haram, Makkah, yang dikenali sebagai Kiswah, kain ini akan diganti pada setiap tahun iaitu pada musim haji.
Kiswah ialah kelambu kain yang berwarna hitam bersulam benang emas yang menutupi binaan Kaabah di Kota Suci Makkah al-Mukarramah, Arab Saudi. Kiswah biasanya berada dalam keadaan dilabuh tiraikan sehingga mencecah ke syazarwan lalu diikat pada kail-kail pengangkuk bagi mengukuhkan keadaannya.-sumber
Untuk pengetahuan anda, berat kain Kiswa ini boleh mencapai 670 kg dan diperbuat daripada kain sutera tulen yang dicelup hitam dan lembut dengan kain kapas putih. Ayat-ayat Al-Quran yang ditulis pada kiswah menggunakan benang dari emas tulin.
Menurut Ketua Pengarah Pembuatan Kiswah, lebih dari 240 pekerja terlibat dalam pembuatan Kiswah dan kos tahunan untuk membuat Kiswah adalah sekitar RM 27 juta.
Pada tahun 1927, Raja Arab Saudi Abdul Aziz memerintahkan penubuhan sebuah kilang yang dikhaskan untuk menghasilkan Kiswah di Makkah. Kilang ini telah menyaksikan beberapa siri peningkatan agar Kiswah menjadi berkualiti.
Pembuatan Kiswah kini menggabungkan hasil kerja tangan dan juga penggunaan mesin berteknologi bagi memastikan kualiti kelambu Baitullah itu tetap terpelihara. Untuk pengetahuan anda Kiswah pertama dibuat di Makkah pada tahun 1346 Hijrah ketika pemerintahan Almarhum Al Malik Abdul Aziz Abdul Rahman Al Saud.-sumber
Gambar di bawah, cara bagaimana kain Kiswah dihasilkan, terdapat video di akhir post ini bagaimana kain kiswah di hasilkan.
Tags:
info
sgt teliti pembuatannya.
ReplyDeletesangat bernilai tinggi
Delete