8 Gambar Pemenang Pertandingan Fotografi Bagi Tahun 2020



Baru-baru ini, BigPicture Natural World Photography telah mengumumkan pemenang fotografi bagi tahun 2020. Pemenang tersebut dikenali sebagai Andy Parkinson, seorang jurugambar yang profesional, yang berfokuskan tentang kehidupan alam semula jadi.


Andy Parkinson from Crich, England


Andy telah menghabiskan masanya lebih dari 15 tahun untuk mendokumentasikan kehidupan alam semula jadi di pergunungan Scotland. Andy Parkinson bukan calang-calang orangnya, beliau pernah memenangi lebih daripada 50 anugerah berprestij termasuk Wildlife Photographer of the Year, European Wildlife Photographer of the Year, dan Bird Photographer of the Year.


Untuk pengetahuan anda, pertandiang dibuat BigPicture Natural World Photography adalah satu pertandingan terbuka kepada semua peminat dari seluruh dunia yang meminati fotografi, tak kira sama ada peserta itu profesional  atau pun tidak.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mendorong mereka (jurugrambar) dari seluruh dunia, menyumbangkan karya seni mereka dan juga meraikan kepelbagaian kehidupan di muka bumi ini serta memberi inspirasi agar kehidupan alam semulajadi sentiasa dilindungi dan dipelihara.-sumber


Sebenarnya terdapat beberapa peserta yang memenangi pertandingan ini dalam kategori yang lain, Andy Parkinson adalah pemenang bagi hadiah utaman.

Gambar di bawah adalah pemenang dalam pertandingan BigPicture Natural World Photography bagi tahun 2020. -sumber



Greg Lecoeur dari Nice , Perancis dalam kategori Aquatic Life


Greg Lecoeur adalah seorang jurugambar kehidupan liar yang menggunakan seni penceritaan digital untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan haiwan di lautan. Greg membesar di Riviera Perancis, Lecoeur dan belajar menyelam di Laut Mediterranean di mana dia mengembangkan minatnya untuk dunia laut dan fotografi bawah air. Lecoeur dinobatkan sebagai Nature Photographer of the Year pada tahun 2016 oleh National Geographic.


Yi Liu dari Beijing, China dalam kategori Terrestrial Wildlife
Yi Liu seorang jurugambar amatur, Liu hanya menikmati pemandangan alam semulajadi dengan melancong sambil fotografi. Yi Liu seorang penyabar dan sangat beruntung, apabila dia berjaya mengambil gambar ini dengan sempurna. 


Piotr Naskrecki dari Cambridge, United States dalam kategori Winged Life
Piotr Naskrecki adalah seorang ahli entomologi, ahli biologi pemuliharaan, dan jurugambar yang bekerja di Mozambique. Beliau berkerja disana untuk menyokong ahli konservasi tempatan dalam usaha mereka membina semula Gorongosa National Park, yang mana telah mengalami kemunduran semenjak berlakunya perang saudara baru-baru ini. 

Edwin Giesbers dari Nijmegen, Netherlands dalam kategori Landskap, Landskap, dan Flora
Edwin Giesbers seorang jurugambar alam profesional selama 15 tahun dan berkerja di Nature Picture Library. Giesbers pernah memenangi pertandingan gambar antarabangsa terkemuka dan karyanya telah muncul dalam penerbitan seperti BBC Wildlife Magazine dan National Geographic. Pada tahun 2014, Giesbers melancarkan "Frogs Life Project" untuk menonjolkan amfibi yang terancam dan organisasi sokongan yang berusaha melindungi diri mereka.



Juan Jesús González Ahumada dari Málaga, Sepanyol dalam kategori Art of Nature
Juan Jesús González Ahumada adalah jurugambar persendirian yang berpusat di Málaga, Sepanyol. Dia telah menghabiskan masa kecilnya belajar mengenai flora dan fauna tempatan, dan dari situ dia memupuk minatnya untuk menjadi seorang fotografik. 

Jak Wonderly dari Sebastopol, United States dalam kategori Human/Nature
Jak Wonderly percaya bahawa terdapat hubungan antara manusia dan alam semulajadi serta mempunyai cerita atau kisah yang menarik untuk didengari oleh generasi kita akan datang. Jak Wonderly pernah memenangi anugerah sokongan terhadap The Nature Conservancy, Natural Resources Defense Council, dan The Snow Leopard Conservancy. 

Ami Vitale dari Missoula, United States dalam kategori Photo Story: Coexistence
Ami Vitale telah mengembara lebih dari 100 negara, dan pelbagai perkara yang dia telah lihat seperti kerusuhan dan keganasan. Tetapi setiap pengembaraan pasti ada kemanisannya seperti gambar ini. Vitale adalah jurugambar National Geographic dan Nikon Ambassador.

1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post