Macam mana nak ubah hidangan makanan yang harganya RM5 jadi RM50? Sebenarnya tidak lah bergitu susah, anda hanya perlu berfikiran kreatif semasa membuat hidangan makanan yang anda sajikan.
Contohi lelaki Filipina ini, dia berjaya mengubah hidangan makanan yang harga asalnya RM5 atau kurang dari itu, menjadikan hidangan makanan seperti berharga RM50.
Beliau dikenali sebagai Jadey Ezekiel Detera, yang beruisa 42 tahun, warganegara Filipina. Beliau telah kongsikan beberapa gambar hidangan makanan yang sangat menarik di laman facebook beliau, ala-ala hidangan makanan restoran yang 5 bintang gitu.
Hasil perkongsian ini beliau semakin popular di Filipina, lebih dari 42 ribu yang share di laman facebook beliau (Jadey Ezekiel Detera). Beliau juga memberi tunjuk ajar bagaimana membuat satu hidangan yang murah di laman youtube beliau. Anda boleh saksikan video tersebut di akhir artikal ini.
Gambar di bawah adalah hasil tangan gubahan Jadey Ezekiel Detera, hidangan makanan yang asalnya murah, menjadikan ia lebih kelihatan mewah.
Ini hanyalah jenis makanan tin sardin biasa, tetapi dia mengubahnya menjadi lebih menarik, malah dia memberikan nama hindangan ini ala-ala Francis iaitu 'Sardines a la Menthe'.
Menurut Jadey, dia melakukan ini semua disebabkan keluarganya terlalu bosan dengan hidangan yang biasa di rumah. Jadi Jadey membuat keputusan untuk mengubah cara hidangan makanannya.
Hidangan nasi dengan mee pun nampak mewah, boleh kenyang kah makan macam tu.
Lihat bagaimana dia menghidang makanan pencuci mulut, pisang goreng ala-ala hidangan mewah. Apa kata anda tiru cara hidangan ini untuk orang rumah.
Tags:
Lawak/Lucu
wow....bukan semua orang ada kesenian seperti ini....THIS IS FOOD ART....
ReplyDeleteMemang nampak hidangan mahal.
ReplyDeleteDah follow balik #311.
hehehe.. teringin masuk master chef ni.
ReplyDelete