(11 Gambar) Sulaman Berbentuk Makanan




Sulaman yang biasa kita lihat kebanyakkan berbentuk bunga, tetapi kali ini sulaman yang berbentuk makanan. Kreatif bukan! Sulaman berbentuk makanan ini dibuat oleh seorang artis dari negara Jepun yang dikenali sebagai Ipnot.


Pelik juga namanya kan, menurut beliau, nama ipnot ini adalah nama samaran ketika di zaman kanak-kanak. Pada zaman itu, ipnot dikelilingi ahli keluarga yang mahir dalam sulaman, terutamanya nenek Ipnot.




Menurut Ipnot, pada mulanya dia belajar menyulam hanya untuk suka-suka. Lama-kelamaan dia mulai merasa seronok, terutamanya apabila dia melihat hasil sulamannya sendiri. Sejak itu, Ipnot mula membuat sulaman yang lebih serius, dan hasilnya sangat menakjubkan.-sumber


Jenis sulaman yang menarik perhatian beliau adalah sulam jenis Simpul Perancis. Sulaman ini mempunyai trend tersendiri, dengan rekaan motif yang menjadi kegemaran. Motif yang menjadi kegemaran para penyulam adalah seperti bunga ros kecil dan juga bunga yang berasaskan simpul perancis. Ia turut digabungkan dengan motif-motif bunga lain untuk menjadikannya satu corak yang cantik di mata sesiapa sahaja yang memandangnya.-sumber



Gambar di bawah adalah hasil sulaman Ipnot yang berbentuk makanan, terdapat banyak lagi hasil sulaman beliau, anda boleh mengikuti perkembangannya di laman instagram @ipnot.














1 Comments

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post