Kisah Inspirasi : Umur 96 Tahun Sembuh Dari Covid-19



Kisah inspirasi kali ini berlaku di Colorado, Seorang nenek yang berusia 96 tahun telah dihantar ke hospital oleh ahli keluarganya, kerana menyangka nenek mereka terkena serangan strok.



Setelah tiba di hospital Denver, Colorado, pihak hospital mendapati nenek mereka ini dijangkiti Covid-19 dan menghadapi pneumonia. 


Pneumonia merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru seperti paru-paru berair.
Ahli keluarga kepada nenek yang bernama  Anita Hernadez, sangat terkejut dengan perkabaran dari pihak hospital. Mereka percaya peluang untuk hidup nenek Hernadez sangat tipis. Menurut kajian yang dilaporkan wabak Covid-19 ini mengorbankan kira-kira 13.4 peratus pesakit yang berusia 80 tahun ke atas.

Hernadez telah terlantar di hospital selama enam hari selepas jatuh sakit. Pada satu hari, ahli keluarga Hernadez telah dihubungi oleh pihak hospital, dan mereka diberitahu yang nenek mereka Anita Hernadez telah pulih daripada wabak Covid-19. 





Ini adalah perkabaran baik dan sangat menakjubkan, ramai ahli keluarga Hernadez terkejut dengan berita ini, mereka tidak mempercayai wanita berkenaan mampu bertahan dan sembuh daripada wabak yang membawa maut, memandangkan faktor usianya yang sudah lanjut.



Hernandez telah discaj oleh pihak hospital, dan terus menjalani kuarantin di rumah untuk pulih sepenuhnya.-sumber

Mengenai perkembangan Covid -19 di negara kita, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan bahawa kes yang positif Covid-19 di Malaysia telah bertambah sebanyak 142 orang. Dan ini menjadikan jumlah keseluruhan yang telah dijangkiti di Malaysia meningkat kepada 2,908 orang. Manakala jumlah kemvatian disebabkan oleh Covid-19 terus meningkat kepada 45 orang.

Namun begitu, bilangan pesakit yang discaj kali ini adalah yang tertinggi iaitu 108 orangIni menjadikan 645 pesakit atau 22.2 % telah sembuh dan discaj hospital setakat jam 12 pm, 1 April.  Semoga negara kita berjaya mengatasi masalah wabak Covid-19 ini, stayhome dan teruskan berdoa

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post