Kisah Inspirasi : Nenek Berusia 68 Tahun Melahirkan Bayi Kembar


Kisah inspirasi kali ini berlaku di Nigeria, seorang wanita yang berusia 68 tahun yang digelar sebagai nenek telah berjaya melahirkan bayi kembar berpasang, setelah menjalani 3 prosedur IVF.


Sebelum anda baca kisah inspirasi ini, tentu anda nak tahu apa itu prosedur IVF? 

Prosedur IVF atau  Persenyawaan In Vitro (IVF), adalah rawatan kesuburan pada asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim. IVF boleh dijalankan dengan mendapat telur daripada isteri dan sperma daripada suami. -sumber
Berbalik kisah nenek ini, beliau dikenali sebagai Margaret Adenuga, manakala suaminya dikenali sebagai Noah Adenuga, yang berusia 77 tahun. Mereka telah berkahwin pada tahun 1974 iaitu selama 46 tahun. 


Bayi kembar tersebut dilahirkan di Lagos University Teaching Hospital (LUTH). Menurut Dr. Adeyemi Okunowo, ini adalah pertama kalinya mereka berjaya melahirkan anak kembar pada usia ibunya yang lanjut. Bayi kembar itu selamat dilahirkan menerusi pembedahan pada usia 37 minggu.

Menurut Dr. Adeyemi Okunowo juga mengatakan, "Sebagai seorang wanita berusia dan pertama kali bersalin, kita tahu proses ini berisiko tinggi ditambah pula bayi kembar. Bagaimanapun kami dapat menguruskan dengan baik sehingga dia selamat melahirkan bayi yang sihat dan comel,"


Walaupun wanita yang berusia ini berjaya melahirkan bayi kembar melalui IVF, doktor perlu memberitahu dan menasihati berkaitan dengan kehamilan pada usia tua.

Antara risiko yang perlu diketahui ibu yang menjalani prosedur IVF,ialah melahirkan bayi pra matang. Menurut Dr. Adeyemi Okunowo juga, " wanita yang hamil pada usia tua ini adalah bernasib baik, ini kerana kebanyakan wanita yang hamil pada usia sebegini akan mengalami komplikasi semasa atau selepas melahirkan dan mengakibatkan kemvtian."-sumber

2 Comments

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post