Kisah Inspirasi : Bayi 6 Bulan Bergelut Melawan Covid 19


Kisah inspirasi ini berlaku di England, seorang bayi berusia 6 bulan bergelut melawan covid 19 dengan keadaan jantung yang tidak sihat, bayi ini dikenali sebagai Erin Bates.


Kisah ini bermula dengan ibubapa Erin Bates iaitu Wayne dan Emma Bates, mereka telah berkahwin selama 10 tahun. Dan bayi Erin Bates adalah anak pertama mereka yang mereka nanti-nantikan. Erin Bates dilahirkan dengan berat badannya lebih kurang 5 paun (2.27kg).


Walau bagaimana pun kesihatan Erin Bates telah menurun, menyebabkan Erin Bates terpaksa menjalani pembedahan jantung pada bulan Disember. Erin Bates juga mengalami beberapa masalah kesihatan lain seperti masalah paru-paru dan saluran angin.


Doktor juga mendapati bayi ini telah dijangkiti wabak covid 19, akibat dari komplikasi masalah kesihatan yang lain. Bertapa sedihnya kedua ibubapa Erin Bates semasa mengetahui keadaan anak perempuan mereka yang selama ini ditunggu-tunggu. Yang menyedihkan lagi anak perempuan mereka ini terpaksa mengikut prosedur utama iaitu diasingkan bagi menangani virus covid 19.

Apa yang berlaku kepada anak perempuan mereka ini tidak disangka-sangka, Emma dan suaminya sangat sedih dan hanya mengharapkan anak perempuan mereka menerima rawatan terbaik dari hospital.

Anak perempuan mereka telah diasingkan selama 2 minggu di bilik pengasingan di Alder Hey Children Hospital di Liverpool, England. Pihak hospital hanya membenarkan seorang sahaja yang boleh bersama dengan bayi ini iaitu ibunya Emma. Manakala ayahnya Wayne terpaksa tinggal di rumah,

Wayne melihat anak perempuannya menggunakan facetime.

Gambar di bawah dikongsikan oleh keluarga Erin, gambar ketika anak perempuan mereka menerima rawatan melalui mesin oksigen dan peralatan lain. 




Pesanan Emma dan Wayne kepada orang ramai agar tidak melanggar peraturan kerajaan "lockdown". Mereka juga menyesal kerana tidak memandang serius dengan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Setelah dua minggu anak perempuan mereka  Erin Bates 'melawan' virus covid 19, satu keajaiban telah berlaku. Erin dilaporkan telah berjaya melewati masa kritikal iaitu 14 hari, dan kemudiannya pihak hospital telah mengeluarkan anak perempuan mereka dari bilik pengasingan. Ini membuktikan yang bayi mereka telah berjaya melawan virus covid 19.-Sumber



Video yang penuh dengan emosional ini  dikongsikan oleh pegawai pentadbiran hospital, bayi Erin Bates dibawa keluar dari bilik pengasingan oleh pegawai perubatan Hospital.





Semoga kisah inspirasi ini memberi sedikit sebanyak pengajaran kepada anda semua.


Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post