(10 Gambar) Karya Seni Covid 19 Paling Menarik



Karya seni mengenai quarantine covid 19 ini adalah paling menarik setakat ini, apa yang menariknya? lukisan lama diubah suai, sempena wabak covid 19 yang berlaku di seluruh dunia. Seperti gambar di bawah ini, ianya bukannya hasil dari lukisan sebenar, mereka mengubah suainya dengan menggunakkan teknologi sekarang, computer.



Menurut Looman, sebuah agensi produksi kreatif dari Kiev, Ukraina, sepanjang pandemi covid 19 ini, masih ramai lagi yang mengabaikan peraturan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan demi menyelamatkan mereka sendiri iaitu dengan quarantine.

Mereka melihat quarantine ini sebagai seni yang menarik hati mereka, maka timbul idea iaitu “Art of Quarantine”. Tujan mereka membuat karya seni ini adalah bagi menyampaikan nasihat kepada orang ramai, bertapa pentingnya mengikut arahan kerajaan bagi keselamatan keluarga dan diri sendiri.-sumber

Gambar di bawah adalah hasil karya seni Looma, sekirannya anda ingat melihat perkembangan mereka, sila ikuti mereka di laman instagram looma_creative.

Sambil anda melihat karya sini mereka di sini disertakan sedikit penerangan berkenaan pengasingan (isolation), kuarantin dan penjarakan sosial (social distancing) untuk membantu anda memahami perbezaan ketiga-tiga istilah ini.



1. Kuarantin


Kuarantin bermakna tinggal di rumah dan menjauhi orang lain semampu mungkin dalam tempoh 14 hari. Mereka yang tinggal serumah dengan orang lain perlu mencari bilik atau lokasi yang berasingan di rumah, malah mereka juga tidak boleh pergi membeli-belah, makan atau bersosial di luar.



Kuarantin ini biasanya diguna kepada mereka yang mengalami Simptom wabak covid-19, seperti demam, batuk dan selesema. Ingat jangan tidur di bilik tidur yang sama dengan ahli keluarga yang lain, dan cuba gunakan tandas berasingan, jika boleh.





Hati-hati juga dengan pinggan mangkuk yang digunakan. Jika berkongsi perkakas dengan penghuni lain, basuhlah terus selepas menggunakannya.


2. Social Distancing/Penjarakan sosial


Ia bermaksud tidak berjabat tangan, mengelakkan daripada berada di tempat orang ramai, menjarakkan diri anda dengan orang lain dan paling penting, duduk di rumah jika anda tidak sihat.


3. Pengasingan


Mereka yang disahkan positif COVID-19 perlu menjalani pengasingan. Pengasingan dilakukan apabila anda disahkan sakit, sama ada di rumah atau di hospital.


"Langkah berjaga-jaga penyakit berjangkit perlu diambil dan akan dilaksanakan dengan lebih rigid berbanding kuarantin," kata pengarah eksekutif Persatuan Kesihatan Awam Amerika, Dr. Georges Benjamin.


Kakitangan perubatan, sebagai contoh, perlu memakai pakaian khas sebagai perlindungan. Mereka yang dalam pengasingan perlu memakai topeng sebagai langkah pencegahan penyebaran droplets yang mungkin mengandungi virus.

2 Comments

Terima Kasih atas comment anda

  1. haha kreatifnya siapa yang buat ni

    followed here #303

    ReplyDelete
  2. Kreatif punya psl....
    #StayHome Amigos.....😎

    ReplyDelete
Previous Post Next Post