Pesawat Terbang Terlalu Rendah (7 Gambar)



Lihat bertapa rendahnya pesawat itu terbang, tempat ini dikenali sebagai Pantai Maho salah satu pantai yang paling unik di dunia. Pantai Maho ini terletak di Caribbean, iaitu 300 km dari Puerto Rico. 



Pantai Maho ini sentiasa dipenuhi pelancong terutamanya para fotografik yang suka mengambil gambar di tempat yang menarik dan unik. Selain itu pantai Maho ini juga menawarkan pakej menakutkan.




Iaitu melihat secara dekat pesawat mendarat di atas kepala anda. Dan tiupan angin kencang hasil dari enjin pesawat yang mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Princess Juliana, yang tidak jauh dari pantai Maho.



Kenapa dekat sangat pesawat ini terbang? untuk pengetahuan anda panjang landasan kapal terbang ini hanya 2,180 meter sahaja, dan tepat di penghujung pantai Maho. Ini menyebabkan pesawat yang ingin mendarat memerlukan ketinggian yang rendah bagi memudahkan pesawat itu mendarat.



Yang menariknya kedai yang berada di kawasan pantai Maho ini menyediakan jadual penerbangan dan ketibaan mana-mana pesawat agar para pelancong boleh menikmati pemandangan yang menakutkan itu.




Tak berbahayakah? ya ianya sangat berbahaya, itulah sebab adanya pegawai kawalan berada di persekitaran pantai Maho, bagi mengawal para pelancong agar tidak mendekati pagar yang telah di sediakan oleh kerajaan. Ini kerana tiupan angin dari enjin pesawat sangat lah kuat. Pernah berlaku kes kemvtian seorang wanita  yang berusia 57 tahun kerana dia berdiri sangat dekat pada pagar lapangan terbang tersebut. -sumber

Post a Comment

Terima Kasih atas comment anda

Previous Post Next Post