Kisah Inspirasi kali ini mengenai seorang lelaki yang dikenali sebagai Jean Francois Pre. Beliau membuat sejenis kek coklat berdasarkan isu semasa, iaitu Kek Coklat Corona Virus 2020. Coklat Corona Virus ini dibuat untuk dipamerkan pada Hari Easter atau Hari Paskah.
Untuk pengetahuan anda, Hari Easter atau Hari Paskah ialah merupakan perayaan penganut agama Kristian yang memperingati kejadian Yesus Kristus yang dihidupkan kembali. Kebiasaanya sambut ini dibuat antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun.
Menurut Jean Francois Pre, dia mengambil inspirasi Corona Virus yang menjadi isu terbesar di dunia dan terlalu kerap ditayangkan di kaca tv dan media sosial. Akibat itu, Jean mulai merasa bosan dengan perkembangan Corona Virus, dengan itu dia membuat Coklat yang berbentuk telur dan menyerupai bentuk Corona Virus.
Jean Francois Pre telah berjaya menjual 4 jenis Coklat Corona Virus pada 4 Mac 2020. Coklat ini boleh didapati di kedai Jean Francois Pre di Landivisiau. -sumber
Tags:
Kisah Inspirasi
Ngeri makan kek rupa virus. Macam-macam idea mat salleh ni.
ReplyDelete